Impian kecil seorang Aina

Semasa aku baru mula bekerja, rakan-rakan sekerja terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan guru-guru senior yang telah mempunyai anak remaja dan dewasa dan satu lagi sepertiku mempunyai anak kecil bawah 12 tahun. Aku yang sedang mencari bahan bacaan untuk anak-anak, tergerak hati untuk membawa rakan-rakan ke pesta buku. Sebagai pengenalan kepada mereka mencari bahan bermanfaat.

Kertas kerja telah pun diluluskan oleh tuan guru besar tika itu. Ramai juga cikgu yang dapat pergi PBAKL. Berhati-hati membawa murid pekak dalam lautan manusia di PWTC. Aku tidak tahu perasaan anak murid dan rakan guru yang dibawa. Harapnya semua pulang membawa pengalaman manis dan kenangan yang baik-baik. Antara lain, waktu itu dalam silibus BM tahun 2 ada disebut tentang pesta buku.

Tidak lama kemudian, aku berpeluang mengikuti Program Pengkarya Guru pada tahun 2012. Kursus berjalan selama 4 bulan itu sangat aku hayati. Pulang dengan semangat baru mahu membuat sebuah buku bertemakan pengalaman mengajar murid pekak bersama rakan-rakan guru. Perbincangan secara rawak telah dibuat tetapi memandangkan aku pun tidak bersungguh, projek itu terbengkalai seketika.

Bermula tahun 2016, sedikit demi sedikit ilmu menulis ini mula mencerahkan minda. Seorang demi seorang rakanku turut mula mengukir nama sebagai penulis buku teks, buku antologi, puisi dan kisah hidup. Bertitik tolak daripada situ Allah ilhamkan untuk terus mengajak orang sekeliling menulis juga. Seronok dapat galakan dari semua.

Aina Dayana Hilmi

15 Oktober 2022

Leave a Reply

Open chat