Impian menjadi penulis?
Menulis buku bukan satu impian serius sejak dahulu. Selalu terbaca kata-kata dari A. Samad Said bagaimana ingin menjadi penulis. Lalu beliau senaraikan supaya membaca, membaca dan membaca.
Rupa-rupanya sehingga satu fasa, kita akan mahu meluahkan apa yang selama ini terpendam. Allah izinkan idea itu mengalir keluar. Waktu itu, pen dan buku nota menjadi benda wajib yang ada bersama.
Peluang menghantar karya ketika aktif bersama Goodreads Malaysia beberapa tahun lalu masih segar dalam ingatan. Awalnya hanya menulis mengikut pengalaman sementelah topik yang diberi menarik hati.
Ia berkisar pengalaman awal membaca. Sudah pasti memori belajar membaca bersama ayah seperti diputar kembali. Dan minat membaca berkembang sehingga dewasa dan berkahwin. Ada banyak fasa membaca yang telah dilalui.
Selepas ditulis barulah sedar, cantiknya perancangan Allah. Dan saya pasti ia tidak akan berhenti di situ. Jadi saya membawa kesedaran itu dengan cuba menjadikan aktiviti membaca satu keseronokan kepada anak-anak, orang sekeliling dan anak-anak murid.
Bagi saya membaca ialah aktiviti yang dapat menjadikan masa kita bermanfaat. Sudah pasti dengan membaca bahan yang baik-baik. Ada orang bukan tidak mahu membaca, tetapi mereka belum jumpa buku yang diminati untuk membaca. Setuju?
Dan jauh lagi perjalanan saya sebagai seorang penulis. Selalu merasakan tulisan saya sangat banyak kelemahannya. Berazam mahu memperbaikinya dari masa ke semasa. InsyaAllah.
Setakat ini baru ada 3 antologi bersama rakan penulis lain yang telah terbit iaitu :
1. Kertas-kertas Yang Merubah Fikir terbitan Jejak Tarbiah (2018)
2. Kita Mesti Menang! terbitan Akademi Daie Pena (2020)
3. Nota Kasih (2021) terbitan Big M Resources
Bakal terbit sedikit masa lagi :
1. Kisah Mengaji Dulu-dulu ; al-Quran di Hati terbitan Akademi Daie Pena

2. Lelaki Pertama (Projek Penulisan Legasi Abah) terbitan Writers Write
Jemput dapatkan buku-buku ini dengan saya di 0133613516. Terima kasih.
Doakan saya ya.
Aina Dayana Hilmi.