Iqra’ At-Taisir ; Kaedah belajar membaca al-Quran

Saya mula mengenali Iqra’ At-Taisir ketika anak sulung berumur 3 tahun. Pelbagai cara digunakan bagi mengenalkan huruf hijaiyah dan seterusnya membaca al-Quran kepada anak-anak.

Alhamdulillah anak seronok menggunakan buku ini. Mungkin kerana berwarna penuh dan pada buku satunya, ada disertakan grafik gambar bagi membantu murid mengingati huruf tersebut. Jom kenali Iqra’ at-Taisir ini.

 

Iqra’ at-Taisir

IMG_20200301_141528

Iqra’ at-Taisir ialah sebuah buku kaedah mengajar mengaji al-Quran bagi mereka yang hendak mnguasai bacaan al-Quran dengan baik. Mengandungi 5 teknik dan setiap satunya disusun bagi membantu penguasaan dari peringkat asas sehingga ke tajwid.

Ciri-ciri Iqra’ at-Taisir

✅ Berwarna penuh.
✅ Mengandungi 5 bahagian dipanggil Teknik Buku 1-5.
✅ Disertakan panduan penggunaan di awal bab.
✅ Ada rekod pencapaian / perkembangan di akhir buku. Memudahkan guru menulis dan memantau perkembangan bacaan murid.
✅ Harga mampu milik iaitu RM19 sebuah.

Kaedah penyusunan Iqra’ at-Taisir

✅Kaedah yang jelas – setiap kaedah diterangkan secara terperinci beserta contoh supaya murid dapat memahaminya dengan lebih mudah.
✅ Elemen warna – kombinasi warna menarik minat pelajar.
✅ Saiz tulisan latih tubi yang besar – memudahkan pelajar membacanya
✅ Rasm Uthmani – menggunakan ayat Quran yang ditulis dengan Rasm Uthmani.
✅ Ringkas dan padat – Setiap kaedah disusuli dengan sejumlah latih tubi pada kuantiti sederhana bagi mengelak murid menjadi bosan.
✅ Ilustrasi grafik
✅ Teknik simbol – digunakan bagi mengingat hukum tajwid seperti hukum nun sakinah dan tanwin.
✅ Teknik potongan ayat.

Teknik Buku 1

IMG_20200301_141549

Mengandungi pelajaran huruf hijaiyah tunggal berbaris atas. Disertakan grafik sebagai bahan bantu pelajar mengingat huruf tersebut.

Teknik Buku 2

IMG_20200301_141655

Pelajar mengetahui bacaan kalimah bersambung huruf hijaiyah. Ada diberi contoh huruf di awal, di tengah dan di akhir perkataan. Kemudian disusuli dengan pelajaran bacaan panjang.

Teknik Buku 3

IMG_20200301_141736

Pelajaran baris bawah dan baris hadapan (panjang pendek bacaan).

Teknik Buku 4

IMG_20200301_141840

Pelajaran tanda tanwin, sukun, syiddah, alif lam qamariah dan syamsiah, perkataan Allah serta hamzah wasal.

Teknik Buku 5

IMG_20200301_141907

Pelajaran asas hukum tajwid seperti nun sakinah dan tanwin, hukum min Sakinah, idgham, mad, hukum huruf ra’, cara waqaf dan tanda waqaf.

Pengalaman kami

Alhamdulillah selepas menggunakan Iqra’ At-Taisir ini kepada semua anak kami, barulah kami berani mencadangkan kepada orang lain. Ada antara anak buah dan anak-anak didik kami yang menggunakannya dapat membaca dengan baik apabila mereka mula membaca al-Quran.

Malahan, ada yang Allah izinkan khatam iqra’ At-Taisir ini pada usia 3 tahun, 4 tahun dan 5 tahun. Seterusnya sangat membantu apabila mereka membaca al-Quran dengan asas yang kukuh. Wallahualam. Kita berusaha Allah yang tentukan 😊

IMG20200115103644

Untuk memiliki naskhah ini, boleh hubungi saya.

Aina Dayana Hilmi,

Gembira membantu anak kecil belajar mengaji.

Leave a Reply

Open chat