Jerebu

Cuaca berjerebu sekarang membimbangkan. Alhamdulillah Allah masih izin saya dalam keadaan sihat. Jika semasa mengandung Ahla, saya lelah setiap hari mulai Januari hingga April sehingga saya mahu “give up”. 4 – 5 kali seminggu saya harus ke Hospital Melaka untuk mendapatkan nebuliser. 

Sehingga satu ketika saya menggunakan perkhidmatan GrabCar sahaja selepas selesai mengambil nebuliser dek kerana kerapnya ke hospital dan suami pula ada urusan yang tak dapat dielakkan. Waktu itu saya rasa sangat hopeless dan pasrah sungguh kepada Allah. Hanya Allah yang mampu menyembuhkan. La haw la wala quwwata illa billah.

Langkah berjaga-jaga semasa jerebu

Sudah pasti mengurangkan aktiviti luar. Hanya bila ada keperluan sahaja boleh keluar dengan memakai topeng muka yang bersesuaian. Air merupakan agen kesihatan yang baik. Minum banyak air dan bekalkan anak air secukupnya supaya tidak mengalami batuk dan dehidrasi.

IMG_20190917_082832_695

Waktu ini juga hand sanitizer menjadi peneman setia saya ke mana-mana. Botol kecil, kan? Senang simpan dalam handbag atau beg bayi. On the go orang kata.

PhotoGrid_1569266096161.jpg

Doa apabila sakit
Hari ini saya membawa anak sulung ke klinik kesihatan. Batuknya kedengaran “berat” pada pandangan saya. Kami lewat tiba ke klinik. Daripada jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi baru dapat bertemu doktor. Alhamdulillah, anak tidak perlu dapatkan nebuliser sebaliknya dibekalkan dengan ubat batuk sahaja. Suka dengan layanan doktor yang ramah dan mesra. Semua soalan kami dijawab dengan baik. Terima kasih doktor. Semoga Allah memberkati.

Sesungguhnya wajib kita imani hanya Allah yang berupaya menyembuhkan sakit. Doa ini tidak putus dibaca :

Bismillah (3x)

Uizuki wa qudratihi min syarrima tajidu watuhazir 97x)

As alullahal azhim robbal ‘arsyil azim an yashfiyak (7)

Baca sambil meletakkan tangan pada tempat sakit.

Saya berikhtiar juga dengan balm CF-rub dan mandian CF Bath dari Tasneem. CF ialah singkatan bagi Coughflu dan memang kedua produk ini dirumus bagi membantu melegakan selsema, batuk dan demam ringan. Bila anak selesa, ibu pun senang hati kan?

IMG-20190922-WA0023.jpg

Cf rub ini saya sapu sahaja tidak kira masa. Tapi anak sudah besar, dia selesa memakainya sendiri. Cf bath pula anak pakai semasa mandi. Baunya harum dengan ekstrak strawberry.
Saya sangat suka dengan minyak pati tumbuhan (atau EO – Essential Oil) yang terdapat dalam keduanya.

IMG_20190924_032012_408.jpg

IMG_20190924_032057_704

Semoga jerebu segera hilang dan anak-anak juga sihat seperti biasa. Allahumma ameen.

Leave a Reply

Open chat