Jurnal Penulisan Oktober

Selepas beberapa kali cubaan, saya masih belum berjaya melengkapkan cabaran jurnal penulisan bagi pengguna Jurnal Penulisan 2022 yang diterbitkan oleh Puan Sri Diah. Untuk Oktober, saya cuba sekali lagi insya-Allah. Semoga dapat istiqamah. Tema bulan ini ialah Pertama Kali. 1 Oktober saya mulakan dengan Kereta Pertama.

 

Kereta Pertama

Proton Persona - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Sumber gambar : Wikipedia

Rutin harian sebagai seorang pelajar mengisi hari-hariku. Sedar-sedar sudah tiba ke hujung semester. Aku sudah pun bergelar seorang isteri kepada suami. Perhubungan jarak jauh ini hanya sementara kerana aku perlu menghabiskan baki semester akhir sebelum bergraduasi. Kereta Persona kelabu menjalar menelusuri jalan raya itu menjadi medium kami bergerak.

Namun jodoh kami tidak lama dengan kereta ini. Suatu hari aku menyemak fail maklumat kereta. Suami memang sudah sediakan sebuah fail khas untuk menyimpan geran, resit pembayaran, insurans dan sebagainya. Istighfar sahaja bila aku ternampak kelainan di situ. Selepas berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk menamatkannya serta-merta.

Rupa-rupanya kereta itu dibeli dengan pinjaman secara konvensional. Gementar memikirkan isu riba’. Lalu suami memilih kereta kedua yang lain dengan pinjaman islamik. Kereta pertama tadi sudah kami “trade in” dengan kedai menjual kereta di Kajang. Pengalaman mengajar supaya lebih berhati-hati selepas itu.

 

Aina Dayana Hilmi

1 Oktober 2022

Leave a Reply

Open chat