Kari Ayam Cinta (Siri Legasi Emak)

Melawan rasa tidak sihat ini, saya usahakan juga membaca buku. Sekurang-kurangnya saya tidaklah terus tidur sahaja. Hee. Berhari-hari juga membaca buku Legasi Emak yang satu ini. Bukan kerana tidak seronok membaca, tetapi bukunya sarat dengan emosi bagi saya. Ya, sampai resepi pun saya baca satu-persatu.

“Oh, macam ni dia masak kari. Patutlah sedap.” Dah terbayang sendiri masak kari. Simple sangat. Haha. Patut tak macam kedai. Hehe.

 

“Oh, macam ini budaya munjung orang jawa. Baru tahu.” Sudah pasti saya baru tahu detail pembuatan nasi ambeng.

 

“Bagusnya orang dulu-dulu. Kreatif masak untuk anak-anak.” Pertama kali saya tahu tentang kuih qasidah.

 

“Oh, trik memasak gini rupanya.” Apabila tiba ke bahagian tip memasak oleh mak-mak ini.

 

Sungguh, dalam setiap cerita ada kisah disebaliknya. Kesusahan hidup, kekentalan jiwa seorang emak, ketaatan seorang anak, kegigihan meneruskan kehidupan, kasih sayang ibu yang terpancar melalui hidangan enak. Semuanya serba cukup rasa dalam buku ini.

 

– Jadi orang perempuan kena kental dan bersedia.

 

– Kena belajar memasak. Nanti dah kahwin ikat perut suami dan anak-anak dengan masakan.

 

– Nak masakan sedap mulakan dengan baca bismillah, selawat dan cakap baik-baik.

 

– Banyakkan sedekah. Sedekah tak kurangkan rezeki kita.

 

Tidak lupa, kisah chef tamu yang meruntun emosi. Mungkin kerana saya pernah mengikuti tulisan Tn Khairul Abdullah sebelum ini. Justeru memahami gejolak hati ibunya ketika memberi nasihat kepada anak lelakinya dalam menguruskan anak-anak.

 

Terima kasih Kak Adibah atas buku ini. Bolehlah dikatakan hadiah sempena International Book Giving Day 14 Februari lalu. Padahal Kak Adibah sudah lama poskan buku ini. Bagai sistem barter, saya pula berikan buku pertama saya, Kertas-kertas Yang Merubah Fikir.

 

Leave a Reply

Open chat