Kejutan buat ummi

Dua hari bermalam di rumah emak. Hari ketiga pulang semula ke rumah mertua. Terhidu-hidu bau wangi di ruang tamu. Macam kenal sahaja bau ini tapi disebabkan terus mengemas dapur, saya abaikan sahaja.

Langsung ke belakang rumah untuk membasuh baju. Mesin basuh terletak di situ. Sewaktu mengangkat botol sabun seberat 10 liter itu, saya terhenti. Dah tinggal ¾ botol sahaja. “Ajaib. Siapa yang rajin sangat basuh kain sepanjang dua hari saya tiada di rumah?” Sekali lagi saya abaikan sahaja pertanyaan itu.

Usai semua kerja rumah, saya ambil kesempatan berehat dalam bilik anak dara. On air cond, semerbak bau wangian yang sama. Baru saya teringat, ini bau sabun basuh baju yang saya baru beli itu. Oh, yalah mungkin bau cadar ini.

Nah, waktu zohor masuk. Kami solat di ruang tamu. Dalam bising-bising mulut saya menyuruh anak-anak mengemas lantai, saya terpandang bekas-bekas kecil berisi cecair berwarna biru.

“Ummi, ummi, kitorang buat slime.”

Oh anakkkkk. Patutlah ummi dok bau wangian ni hampir di setiap ruang rumah! Rupanya kamu semua buat projek slime guna sabun wangi tu. Sebekas ada di ruang tamu, sebekas ada dalam bilik kakak, sebekas ada di katil abang ngah, sebekas ada di dapur. Ya rabbi. Abi pun tak perasanlah agaknya projek kamu ni. Haih.

Baru dua hari ummi pergi rumah nek ummi 😑

“Itulah dorang nak slime, awak buat tak tahu je. Kan dorang dah buat sendiri. Tapi tak jadi hasilnya tu.”Saya berkata-kata dalam hati. Kasihan pun ada. Tapi mengaku dulu, memang ummi jadi hijau juga. Hee..

Siapa ada resipi slime boleh letak sini 😄

Terima kasihhh.

 

Aina Dayana Hilmi,

Ummi anak enam.

Leave a Reply

Open chat