Kelas Online : Tip Close Sale

cant-4505837_1280.jpg
Sumber gambar : pixabay.com

Dalam membimbing sebuah pasukan tidak kira ia bersaiz kecil mahupun besar, sudah pasti seseorang leader itu perlu ada idea dan perancangan untuk menggerakkan pasukan.

Satu pesanan yang saya terima lama dahulu, memberilah sebanyaknya, insya Allah tidak berkurang pun (ilmu) yang kita ada. Malah, ia boleh bertambah-tambah dengan izin Allah.

Dengan berbekalkan semangat itu, sebuah kelas diatur dengan Anis dari HQ Tasneem Naturel. Anis ialah salah seorang staf HQ yang banyak membantu kami para ejen dalam perkara teknikal.

stones-451329_1280.jpg

Tajuk yang diberi ialah Tip Close Sale tetapi subhanallah Anis memberi lebih dari yang diminta. Terima kasih Anis yang comel!

Antara isi kelas ialah :

📢 Menentukan target bulanan.

3d39de33-1e5d-4dad-8167-06ab159214d4

Sebelum menulis target bulanan, ketahui terlebih dahulu jumlah komitmen bulanan kita sendiri. Senaraikan segala perbelanjaan kita untuk sebulan barulah nampak jelas berapa jumlah yang kita perlu ada.

Adakah RM300, RM700 mahupun RM5000, tulislah perbelanjaan itu secara terperinci. Apabila ditulis, barulah kita nampak Dan berusaha bersungguh-sungguh.

📢 Menulis target harian.

e5163bc1-069b-427e-8a00-688e1728225d

Apabila sudah ada target bulanan,pecahkan kepada jumlah jualan sepatutnya yang Kita perlu capai setiap hari.

Dengan kaedah begini, kita melatih diri sendiri berdisiplin dan konsisten dalam membuat jualan. Kita pasti cari jalan untuk penuhi apa yang kita tulis.

📢 Kuat semangat mencapai matlamat diri.

a13a1b27-d5c1-4167-9bda-f79603ab4cee

Ingat tak target awal kita? Setiap orang ada “struggle” masing-masing. Berusahalah 💪

📢 Follow up

21ac3eaa-e4ba-46f6-9e0d-f214e2741bd7

Adalah penting menyimpan semua database pelanggan dan prospek. Daripada data yang ada, jangan jemu untuk ‘follow up’ pelanggan kita. Di sinilah kita perlu sabar dan menggunakan ayat yang baik semasa memberi mesej.

Menggunakan copywriting yang catchy dan sopan dalam menarik minat dan kepercayaan prospek.

Wallahualam.

Kita berusaha, selebihnya Allah yang tentukan. Hati pelanggan kita hanya Allah yang pegang. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati mereka untuk membeli dengan kita.

Fokuslah kepada memberi manfaat semoga lebih ramai keluarga mendapat manfaat dari produk yang dijual.

Begitulah sedikit sebanyak rumusan yang diperolehi dari kelas semalam. Semoga ilmu yang diperolehi ini memberi banyak manfaat untuk semua.

Jumpa lagi dalam kelas yang lain. 🤗

P/s : Saya mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menyertai Fitrah Inspirasee Team. Jom ! 💪 Ada banyak kelebihan menjadi ejen Tasneem. Bukan sekadar mendapat untung runcit, tetapi ada bonus dari HQ Tasneem Naturel bagi yang layak.

Tambah lagi, Tasneem Naturel mempunyai rangkaian produk natural untuk anak-anak seawal bayi baru lahir. Tunggu apa lagi? Hubungi Aina 😘

Aina Dayana Hilmi,
Budak baru belajar.

Leave a Reply