Kelas Tiusyen Bahasa Inggeris

Sudah lama kami mencari kelas tiusyen untuk anak-anak. Pernah cari home tutor tetapi masalah jarak yang jauh menyebabkan guru tersebut menolak untuk datang ke rumah. Alhamdulillah Allah izin gerakkan hati bertanya kepada Kak Neza (Siti Hazneza Abdul Hamid).

Beliau mengasaskan Bintang Academy dan menjalankan kelas secara atas talian. Kali ini, ketiga-tiga anak saya daftarkan ke kelas Bahasa Inggeris ini. Minggu pertama berlangsung dengan sedikit huru-hara di pihak kami. Masalah teknikal mendominasi hari tersebut sehingga anak kedua hilang motivasi mahu teruskan kelas.

Alhamdulillah sudah dua kelas berlangsung dan minggu ini anak lebih bersedia. Uminya pun tumpang belajar sekali. Minggu lepas belajar Comparative Adjective. Barulah kutahu ada cabangnya.

 

Comparative Adjective

1. Positive degree

Digunakan untuk membandingkan dua perkara atau benda yang sama. Misalnya :

as (adjective) as

as fragrant as soap

as blue as the sky

as big as an elephant

Jika bahasa Melayu, kita panggil bidalan, perumpamaan dll.

 

2. Comparative degree

Digunakan untuk membandingkan dua perkara atau orang yang tidak sama. Misalnya :

Rambutan tree is bigger than chillies tree

 

3. Superlative degree

Digunakan untuk membandingkan tiga atau lebih benda atau orang. Misalnya :

My father is the most handsome man in my eyes

 

Di sinilah gunanya perkataan seperti :

small, smaller, smallest

big, bigger, biggest

Bad, worse, worst

delicious, more delicious, most delicious

 

Active voice Vs Passive voice

Sehari sebelum kelas, Kak Neza akan maklumkan terlebih dahulu topik yang akan diajar. Dapatlah saya menerangkan kepada anak.

Active voice : ayat aktif

Passive voice : ayat pasif

Oh, memang favourite topic Umi ni 😁

 

Kak Neza terangkan secara asasnya active voice terdiri daripada komponen :

subject — verb — object + compliment

 

Contoh :

1. I paint a house.

2. She eats an ice-cream.

3. They eat the rambutans in the dining room.

 

Bagi passive voice, perhatikan apa yang berubah :

object — verb — subject

 

Contoh :

Ahmad cleans the house. (Active voice)

The house is cleaned by Ahmad. (Passive voice)

 

Maya writes a letter to her mother. (Active voice)

A letter is written to her mother by Maya. (Passive voice)

 

Alhamdulillah, tak sabar tunggu kelas seterusnya. Terima kasih Kak Neza! Semoga anak-anak ini gembira dan minat belajar. Barakallahu fik.

 

Aina Dayana Hilmi.

3 Januari 2022

Leave a Reply

Open chat