Kemahiran Menulis Anak-anak

Kesilapan yang pernah saya buat dahulu tak mahu saya ulang pada anak-anak yang lain. Saya tidak peka akan kepentingan melatih kemahiran motor halus dan kasar anak. Meskipun tahu kepentingan bermain tanah liat, menguntai (lacing) dan seumpamanya adalah aktiviti sokongan yang membantu perkembangan anak-anak.

 

Anak-anak yang sudah bersedia menulis, elok diajar memegang pensel dengan betul. Kemudian diikuti dengan langkah demi langkah mengikut peringkat usianya supaya mereka dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Perhatikan anak kecil anda di rumah. Sudah mula berminat dengan pensel? Sudah aktif menconteng dinding dan buku? Aha..

 

Mari lihat perkembangan anak-anak berpandukan infografik ini :

 

 

 

 

 

 

Penting sekali, ibu ayah kena sabar (ohh saya pun masih belajar bab ini đź’Ş)  jika anak menconteng dinding, buku cerita, lantai dan lain-lain. Perlahan-lahan “channel” kan anak kepada medium menulis yang lain seperti kertas A4, buku, kad manila, kertas mahjong dan  papan putih.

 

Jumpa lagi.

Leave a Reply

Open chat