Kenangan Disember

Nek Ummi dan Fateh

Setahun berlalu.

Tahun lepas, Abang Fateh (anak buah saya) bersunat dalam program khatan perdana anjuran belia kampung kami (2 Disember 2018). Meriah! Siap mandi dengan air bomba. Memang ramai yang masuk. Yang dah bersunat pun tumpang main air. Haha.

Wow, ada pelangi!

Waktu itu saya sudah mengandung Ahla. Badan dah mula rasa tak “fit”. Jadi saya hanya ada sekejap-sekejap sahaja dalam majlis. Dewan Darul Sunnah ialah kelas mengaji kami. Ada dua rak besar di kiri dan kanan dewan menempatkan al-Quran dan buku-buku cerita.

Jika saya tidak silap, anak-anak peserta khatan diberi hadiah senaskhah majalah kanak-kanak. Dalam menunggu giliran, keadaan memang agak bising meskipun terkawal. Saya lihat ada yang duduk membaca dan memilih buku dari rak kami. Alhamdulillah. Semoga ada manfaatnya.

Nak dijadikan cerita, ummi Fateh (adik saya bernama Dayah) sedang sarat mengandung. Dialah yang menemani Fateh sepanjang menunggu giliran. Kemudian dia balik ke rumah untuk berehat. Selepas zohor, dia sudah mula sakit-sakit dan mereka ke hospital besar Melaka.

Cemas

Kami di rumah menunggu berita kelahiran bayi Dayah tetapi masih tidak terima apa-apa maklumat. Hanya Dayah dan suaminya ke hospital memandangkan kami bantu menjaga Fateh yang bersunat tadi.

Dari petang membawa ke malam. Adik bongsu yang bertugas sebagai houseman di hospital yang sama juga tidak dapat berita. Akhirnya dapat mesej pendek dari adik ipar, Dayah selamat menjalani pembedahan kecemasan kerana bayi sudah tertelan najis.

Saya pun menguruskan Fateh dan malam itu tidur di rumah emak. Tengah malam menjelang. Emak mengejutkan saya yang sedang tidur dengan muka cemas. “Dayah masuk ICU.” Ya Allah, terperanjatnya dengar! Jarang saya lihat emak menangis. Malam itu mak nampak sangat risau.

Ammar si comel

Rupanya doktor menjangkakan kandungan Dayah sudah terlebih 10 hari. Keadaan bayi ketika keluar badannya berwarna hijau. Bayangkan sudah banyak dia tertelan najis. Mungkin ada perbezaan antara tarikh scan dengan tarikh sebenar.

Dayah dimasukkan ke ICU kerana perlu dapat rawatan rapi dari doktor dan jururawat. Selepas menjalani emergency ceaser itu, jantungnya sangat laju. Walaupun sudah beberapa jam berlalu, degupam masih belum stabil jadi beliau dihantar ke ICU buat sementara waktu. Keadaannya sedar dan boleh bercakap.

Hanya sekejap sahaja Dayah di sana. Kemudian ditukarkan ke wad lain bagi menjaga psikologinya. Baby Ammar ditempatkan di nurserybuat sementara waktu.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnya Ammar dan ibunya dapat discaj. Abang Fateh pun sangat kuat. Sekejap sahaja sembuhnya.

Ammar kini sudah berumur setahun. Sangat suka tersenyum. Comel! Rambut pun berstail. Hehe.

Wah, dapat hadiah madu!

Selamat hari lahir Ammar. Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. Tak sabar nak jumpa minggu depan bila semua balik kampung. Maklumlah Mak Long ni memang duduk kampung. Tak ke mana-mana.

Leave a Reply

Open chat