Kisah Mengaji Dulu-dulu
Sebahagian besar daripada kita ada pengalaman mengaji al-Quran semasa kecil. Dahulu, menjadi budaya masyarakat Melayu menghantar anak-anak kecil belajar al-Quran sehingga khatam dengan guru yang berautoriti. Malah ada yang mengaji dengan ibu bapa dan datuk nenek sendiri. Ada yang berguru dengan jiran dan sebagainya.
Ia menjadi suatu kenangan yang terpahat dalam memori kita. Masam, manis, pahit semuanya terangkum menjadi suatu pengalaman kehidupan. Generasi baharu juga ada pengalaman mereka sendiri dalam mengaji al-Quran, bukan? Tetapi pengalaman orang lama juga harus ditulis sebagai tatapan generasi muda. Mungkin ada ibrah yang dapat diambil buat panduan.
Al-Quran di hati
Alhamdulillah projek penulisan antologi kami sudah hampir menampakkan hasil. Waktu ini, buku sudah berada di kilang percetakan. Doakan urusan kami dipermudahkan ya. Ini ialah projek swaterbit bersama 19 orang penulis.
Terimalah Antologi Kisah Mengaji Dulu-dulu ; al-Quran di Hati dari kami. Insya Allah sesuai dibaca semua peringkat umur. Anak-anak sekolah rendah, remaja mahupun dewasa boleh jadikan ini sebagai bahan bacaan.

Isi kandungan buku


Penghargaan buat kata pengantar
Alhamdulillah. Allah gerakkan hati empat orang tokoh ini untuk beri ulasan terhadap karya kami. Sangat berbesar hati dan terharu sebenarnya apabila mereka sanggup luangkan masa membaca manuskrip dan tuliskan sepatah dua kata.
1. Dr Abdul Rahman bin Datuk Abdul Rahim PhD
Beliau dikenali sebagai ARAR. Anak Malaysia pertama (jika saya tidak silap) mendapat PhD Hadis dari Universiti Madinah.
2. Pn Siti Aminah Sulaiman.
Nama yang meningkat naik dalam dunia pendidikan Quran anak-anak kecil. Dikenali terutama bagi ibu-ibu muda. Pengasas QuranicParenting.com dan penulis buku Mak, Siapa Allah?
3. Pn Siti Norlaila Mat Isa
Pengasas Rumah SASU (Sayang Al-Quran Seawal Usia). Ibu beranak tujuh ini memang dikagumi dengan kegigihannya menuntut ilmu dan mengaplikasikan Quran dan sunnah dalam didikan anak-anak.
4. Ustaz Muhammmad Luqman Makhtar
Bekas editor Majalah Solusi dan penulis prolifik yang sudah menghasilkan beberapa siri buku seperti Trilogi Asam Garam Rumah Tangga Nabi, Siri Solusi Hati dan Siri X-plorasi. Rupanya beliau mencatat kata pengantar ini sehari sebelum anak keenamnya lahir.
Begitulah serba-sedikit pengenalan kepada nama-nama yang mengulas buku kami
Tahniah kepada para penulis
1. Siti Farisah Yahya – Melaka
2. Nurkhadijah Abdul Gani – Johor
3. Ain Zulkifli – Negeri Sembilan
4. Farida Zuraini Pauzee – Kelantan
5. Abu Khaulah – Melaka
6. Siti Fatimah Mohd Yunus – Negeri Sembilan
7. Junainah Ibrahim – Melaka
8. Nur Solihah Ibrahim – Terengganu
9. Nur ‘Atikah Abdul Rahman – Kelantan
10. Aina Dayana Hilmi – Melaka
11. Kamalia Arsat – Melaka
12. Noorhayati Abdul Rahim – Melaka
13. Halimah Jaapar – Melaka
14. Nur Hanum Kahmis – Melaka
15. Mira Farisha Sadimin – Selangor
16. Adibah Najihah Zulkifly – Melaka
17. Nur Asilah Subri – Pulau Pinang
18. Shazlin Sulaiman – Melaka
19. Siti Rodhiah Ahmad Dahlan – Johor

Selayang pandang kisah menarik
Pengalaman mengaji semasa kecil sungguh menggamit memori. Ini ada cerita salah seorang penulis. Patutnya pergi kelas mengaji, dia dan rakan-rakan ada rancangan lain!
👇👇👇
“Sampai di padang, saya memberi isyarat untuk meniarap. Seronok sungguh ketika itu kerana semua kakak dan abang akur
menurut arahan seorang budak berumur enam tahun. Mereka sangat teruja menyaksikan pasukan polis simpanan berkawad. Mata bagai tidak berkedip. Kagum mendengar bunyi tembakan bertalu-talu
sedangkan itulah tindakan paling bahaya sebenarnya!
Tidak tertangkapkah? Sudah tentu! Terketar-ketar jadinya menghadap
pegawai polis yang menemui kami. Anggota polis berkenaan menepuk
dahi tatkala melihat saya yang debab ini.”
Apa yang terjadi seterusnya? 😱
Aduhai anak polis ini!
Jemput dapatkan buku ini
Pra pesanan dibuka sekarang. Insya Allah buku dijangka siap Jun ini. Bagi yang berminat membeli, boleh hubungi nombor tertera di akhir bahagian.
Saiz buku : A5
Bilangan muka surat : 164
Harga senaskhah RM20.00
Kos pos Semenanjung RM8.00
Kos pos Sabah Sarawak RM13.00
Hubungi saya di sini :
http://www.wasap.my/60133613516/KMDDweb
Selamat membaca.