Koleksi Doa Anak

Teringat pula masa kursus kahwin sepuluh tahun lepas. Setiap peserta dapat sehelai kertas soalan yang perlu dijawab. Semuanya soalan asas berkaitan perkahwinan, sunnah dan adab. Waktu itu saya renung kertas soalan tersebut.

>>Bab sunnah kelahiran anak<<

Ya, perkahwinan bukan sekadar seronok-seronok. Tetapi ia diiringi pakej tanggungjawab dan amanah berat untuk dipikul bersama ๐Ÿ˜€

Lalu, ketika mendapat cahaya mata pertama, ada beberapa perkara baharu saya pelajari. Antaranya ialah :

1) Ucapan doa / tahniah kepada ibu ayah yang mendapat anak

ุจูŽุงุฑูŽูƒูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู„ูŽูƒูŽ ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ู‡ููˆู’ุจู ู„ูŽูƒูŽ ุŒ ูˆูŽุดูŽูƒูŽุฑู’ุชูŽ ุงู„ู’ูˆูŽุงู‡ูุจูŽ ุŒ ูˆูŽุจูŽู„ูŽุบูŽ ุฃูŽุดูุฏู‘ูŽู‡ู ุŒ ูˆูŽุฑูุฒูู‚ู’ุชูŽ ุจูุฑู‘ูŽู‡ู

Baarakallaahu Laka fil Mawhuubi Laka wa Syakartal Waahib, wa Balagha Asyuddahu, wa Ruziqta Birrohu

โ€œSemoga Allah memberkahi untukmu anak yang diberikan kepadamu. Semoga engkau pun bersyukur kepada Sang Pemberi, dan dia dapat mencapai dewasa, serta engkau dikaruniai kebaikannya.โ€

2) Doa perlindungan untuk anak

ุฃูุนููŠู’ุฐููƒูู…ูŽุง ุจููƒูŽู„ูู…ูŽุงุชู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุชูŽู‘ุงู…ูŽู‘ุฉูุŒ ู…ูู†ู’ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุทูŽุงู†ู ูˆูŽู‡ูŽุงู…ูŽู‘ุฉูุŒ ูˆูŽู…ูู†ู’ ูƒูู„ูู‘ ุนูŽูŠู’ู†ู ู„ุงูŽู…ูŽู‘ุฉ

โ€œUโ€™izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli โ€˜aynil laammahโ€

3) Doa meriba anak

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ูู‘ูŠู’ ุฃูŽุฑู’ุญูŽู…ูู‡ู

โ€œYa Allah ya Tuhanku, kurniakanlah kasih sayang-Mu kepadanya, kerana sesungguhnya aku menyayanginya.โ€

4) Doa mengelak anak berbuat zina / maksiat

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบู’ููุฑู’ ุฐูŽู†ู’ุจูŽู‡ู ูˆูŽุทูŽู‡ู‘ูุฑู’ ู‚ูŽู„ู’ุจูŽู‡ู ูˆูŽุญูŽุตู‘ูู†ู’ ููŽุฑู’ุฌูŽู‡ู.

ALLAHUMMAGHFIR ZANBAHU, WA TOHHIR QALBAHU, WA HASSIN FARJAHUโ€

“Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah/sucikanlah hatinya (dari memikirkan sesuatu maksiat), dan jagalah kemaluannya (dr melakukan zina)”

(Doa ini dibaca sambil letakkan tangan ke dada anak)

Sehingga kini empat doa ini memang menjadi ingatan.

20200609_232933_0000

Selamat hari lahir buat adik-adik, kawan-kawan, adik ipar dan anak-anak buah saya yang menyambutnya pada bulan ini.

Hanan (hari ini ๐Ÿค—), Ahla, Hafiy, Dayah, Anis, Tiqa, Abang Iki, Suhaini, Kak Yat dan lain-lain. Moga Allah berkati usia yang diberi ๐Ÿงก

 

Aina Dayana Hilmi,

Lahir bulan Jun juga ๐Ÿค—

Leave a Reply

Open chat