Kraf Arnab
Horeyy.. Craft time!
Bila berkumpul ramai-ramai macam ni, memang meriah sungguh rumah nenek. Walaupun belum cuti sekolah, tapi disebabkan beberapa kekangan, anak-anak buah ini pulang sebentar ke kampung. Jadi, kebanyakan masa mereka akan ke rumah saya untuk bermain dengan sepupu-sepupu mereka.
Rutin pagi dimulakan dengan solat subuh, urus diri, sarapan, membaca zikir pagi dan mengaji. Ada sedikit masa rehat yang saya berikan supaya ada ruang untuk saya ke dapur menguruskan beberapa perkara.
Selepas itu barulah saya menumpukan masa membuat aktiviti bersama mereka. Kali ini kami sepakat membuat kraf.
Kraf Arnab
Di rumah hanya ada alat tulis yang asas sahaja iaitu pensel warna, gam dan kertas warna. Lalu saya cari idea di Google. Saya suka yang ini. Sebab anak dapat melatih kemahiran melipat, melakar, menggunting dan menggam.
Bahan yang diperlukan
Kami gunakan :
2 helai kertas putih bersaiz A4
1 helai kertas warna
Gam
Gunting
Pensel
Cara membuat kraf arnab cara kami
Kenapa saya tulis “cara kami”? Haha.. saya tidak meniru seratus peratus. Ikut tahap kemampuan anak-anak ini.
Langkah pertama
Potong sehelai kertas putih bersaiz A4 kepada dua bahagian.
Langkah kedua
Lipatkan kertas seperti lipatan kipas. Agak-agak sahaja saiznya. Dilipat berselang-seli hadapan dan belakang.
Sumber gambar : handsoccupied
Langkah ketiga
Cantumkan kedua-dua kipas dengan gam.
Langkah keempat
Lukisan telinga, mata hidung dan kaki pada kertas putih dan kertas warna. Gunting dan tampalkan pada kipas tadi mengikut tempat yang bersesuaian.
Hasil anak-anak
Sebenarnya memang mengambil masa untuk buat ini. Saya kira lebih kurang sejam untuk mereka siapkan. Ada yang tertumpah gamlah, ada yang “perfectionist”lah, ada yang membantu adik lipatkan kertas dan sebagainya.
Alhamdulillah, inilah hasil akhirnya. Bangga melihat usaha mereka. Yang penting tak ada gaduh-gaduh pun. Fuh! Macam ni ummi nak selalu buatlah 😂 Kalau tidak, bingit juga telinga nak dengar suara mereka. Haha.
Kauthar Annur, 7 tahun
Uwais, 5 tahun
Asma’, 5 tahun. Maaflah ya rambutnya begitu. Sel-sel otak berhubung, begitulah jadinya 🤫 (Gunting rambut sendiri)
Abdurrahman ‘Arefee, 3 tahun