Kraf Burung
Suatu waktu dahulu, saya masih sempat membuat aktiviti bersama anak-anak. Kini dengan kehadiran bayi baru saya akui tumpuan lebih banyak kepadanya. Lalu, dengan kekangan yang ada, saya lihat semula aktiviti yang pernah kami buat sebelum ini.
Anak-anak sangat ‘enjoy’ membuat kraf. Apatah lagi mereka gemar menggunting dan menggam. Ummi mereka sahaja kurang gemar. Sebab baki kertas yang digunting susah nak kutip semula terutama yang kecil-kecil 😆
Okay, nak kongsi kraf burung ini. Boleh buat bersama anak-anak di rumah atau diajar kepada anak murid di sekolah. Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
🎨Kertas warna
🎨 Gam
🎨 Gunting
🎨 Bekas bentuk bulat berbeza saiz
Langkah membuat burung
1. Sediakan keratan kertas seperti dalam gambar. Ada yang diperlukan untuk membuat badan, kepala, muka, kepak dan paruh burung.
2. Sediakan empat keping kertas berbentuk bulat untuk dibuat ekor. Ahaa.. burung apa nak dibuat ya? Berwarna-warni ekornya ☺️
3. Lekatkan kertas bulat bersaiz kecil kepada kertas bulat bersaiz besar. Ia membentuk kepala dan badan burung.
4. Gamkan kertas bersaiz bulat yang lebih kecil dan tampal di bahagian muka. Dah mula nampak bentuk burung 😃
5. Lipat dua kertas untuk dijadikan kepak burung.
6. Lekatkan pada bahagian kiri dan kanan badan burung. Ikut kreativiti masing-masing 😀
7. Untuk paruh, gunakan kertas berwarna merah ini. Lipat dua.
8. Gunting sedikit paruh Dan tampal di bahagian muka burung.
9. Kertas warna-warni tadi, lipatkan dua juga bagi ditampal di bahagian ekor. Gamkan sedikit di hujung kertas. Biarkan ianya terlipat begini.
10. Alhamdulillah, beginilah rupa burung yang telah disiapkan 😍
Raikan sahaja walau apa jua bentuk hasil anak. Biarlah tidak sempurna, tetapi mereka gembira belajar membuat kraf burung ini. Tuliskan nama biar mereka rasa dihargai.
Selamat mencuba!