Kru Dari Langit
Tengok tajuk dah boleh agak buku tentang pramugari dan pramugara. Rupanya silap sedikit. Ada juga kisah dari kaunter lapangan terbang. 7 orang berkongsi pengalaman mereka. Menarik! Terbuka minda akan tugas mereka semua. Antara yang baru saya tahu :
– Istilah dalam penerbangan
– Info umum tentang dunia penerbangan
– Trivia sejarah
Ada yang menegur sikap para suami yang lepas tangan membuatkan isteri menguruskan semua hal, kisah penumpang dan passport, adab berurusan di kaunter, perkara yang boleh dan tak boleh semasa dalam penerbangan dan seumpamanya.
Banyak yang mengundang senyum di bibir tapi dalam masa yang sama menjentik rasa para pembaca. Baca macam kelakar, tapi jika kita sendiri berhadapan situasi itu, entah apalah respon kita. Misalnya pernah seorang ibu membawa anak kecil dan berurusan di kaunter. Segalanya lancar sehingga tiba-tiba ibu itu seperti tergesa-gesa mahu tinggalkan kaunter. Selepas beberapa waktu, baru petugas perasan yang anak kecil tadi sudah terbuang air besar di kaunter. Aduhai.
Pelbagai anekdot yang dikongsikan ini sebenarnya memberi panduan secara tak langsung buat kita. Mana tahu suatu hri nanti akan berurusan di kaunter lapangan terbang. Sekurang-kurangnya beringatlah.
Rindu pula lama tak travel dengan kapal terbang ni. Mudah-mudahan ada rezeki lagi.
Aina Dayana Hilmi,
17 Mac 2022