Kurma Ajwa 2021

Dahulu, kurma hanya sinonim dengan bulan puasa sahaja pada saya. Di bulan lain tak pernah saya jumpa buah ini. Selepas berkahwin, asbab mengandung barulah kenal kurma ada banyak jenis dan harga. Kurma ajwa paling premium harganya ikut pengetahuan saya.

Tika itu, ada sebuah kedai di Melaka Sentral menjadi kegemaran kami dapatkan kurma, madu dan buku-buku agama. Walaupun bukan penggemar kurma sebab saya kurang suka makan manis, tetapi Ajwa adalah kurma yang disebut-sebut oleh baginda nabi.

Saban tahun, kurma ajwa yang diperolehi sedikit keras. Dan sekali lagi, saya lebih suka memilih kurma lain yang lebih lembut dan moist. Tahun lepas, apabila membeli dengan Atikah Rahman, saya terpana. Masya Allah ada kurma ajwa yang lembut rupanya!

Terus sahaja jadi ejen. Alhamdulillah. Kurma Ajwa sangat mendapat permintaan tinggi. Memang ada kelompok peminat yang tersendiri ya. Kurma ajwa yang dijual ada 2 batch ketika itu. Ada yang pelbagai saiz dan ada bersaiz jumbo.

Jualan Kurma 2021

Alhamdulillah sejak Disember 2020 lagi, trend permintaan kurma Ajwa semakin meningkat. Masya Allah.

Ya kan.

Ada orang berpuasa sunat.
Ada orang jadikan kurma sebagai ubat.
Ada orang jadikan ia sebagai rutin harian.
Ada orang jadikan ia sebagai hadiah.
Ada orang gembira bersedekah dengan kurma ajwa.

Begitulah, ada banyak sebab dan saya gembira menjadi perantaranya. Kali ini, stok yang tiba adalah jenis Ajwa Aliyah. Untuk pengetahuan anda, kurma ajwa ada jenis dan grednya. Dan Ajwa Aliyah adalah kurma terbaik dalam kategorinya.

Insya Allah ianya tidak keras. Setakat pengurusan selama ini kami mendapat maklum balas dari pelanggan , ianya lembut dan tidak terlalu manis. Harga juga berpatutan :

1 kg : RM115
0.5kg : RM60

Kos pos Semenanjung : RM8
Kos pos Sabah Sarawak (Poslaju) :

RM11 untuk 500g
RM18 setiap satu 1kg hingga 2.5kg

Bagi ibu menyusu atau ibu hamil boleh juga dapatkan kurma ajwa ini. Sumber tenaga untuk ibu-ibu. Jika tahnik bayi pun, saya lihat kebanyakan orang akan guna kurma ajwa juga. Insya Allah antara kurma terbaik, kan.

Berminat untuk dapatkan kurma ini, boleh klik pautan ini :

https://bit.ly/35kxTUy

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi.

Leave a Reply

Open chat