Lampin Pakai Buang Anak : Tip Urus Dengan Baik

Ingat tak kali pertama anda hamil? Teruja menyiapkan barang keperluan bayi baru lahir, kan? Salah satu yang wajib ada ialah lampin pakai buang. Ada banyak jenis lampin pakai buang di pasaran namun ada beberapa perkara perlu kita ketahui sebelum membelinya.

Saya pun sibuk mencari jenama apa yang OK dengan bayi baru lahir sedangkan yang lebih utama ialah kesesuaiannya dengan bayi 😊 Pertimbangkan perkara ini :

1. Pilih lampin pakai buang yang mempunyai kadar penyerapan yang baik.

Boleh baca ciri-cirinya pada plastik lampin pakai buang. Perhatikan juga reaksi kulit bayi anda terhadap lampin pakai buang yang dipakai.

Adakah timbul ruam, melecet atau kesan merah? Mungkin ada bahan kimia yang tidak sesuai dengan kulit bayi diguna untuk pembuatan lampin pakai buang ini.

Maklumlah kulit bayi sensitif.

2. Cari saiz yang boleh sesuai dengan bayi.

✨Saiz new born umumnya untuk bayi di bawah berat 3kg.
✨Saiz S untuk bayi 3kg hingga 7kg
✨Saiz M untuk 6 – 11kg
✨Saiz L untuk 9 – 14kg
✨Saiz XL untuk 12 – 17kg
✨Saiz XXL untuk 15 – 25kg

Untuk permulaan tidak perlulah beli terlalu banyak. Kita pun tidak tahu lagi berapa berat bayi dan sebagainya. Cukup sediakan 1 pek besar sebagai anggaran permulaan. Hanya bila bayi lahir, ibu ayah boleh dapatkan saiz yang sesuai.

Ha, waktu ini bolehlah beli beberapa pek besar. Bayi memang kerap buang air. Kena tukar selalu supaya kulitnya tidak melecet.

3. Pilih ikut keselesaan bayi.

Macam mana nak tahu sedangkan bayi belum lahir? Ibu ayah boleh perhatikan material yang terkandung pada sesuatu jenama lampin pakai buang.

4. Harga mampu beli

Kadang-kadang tidak perlu pun membeli lampin pakai buang yang mahal. Asalkan memadai dan serasi dengan anak. Lihat juga bajet ibu ayah 😊 Namun, jika mampu elakkan beli lampin pakai buang yang terlalu murah, dibimbangi ada kesan lain pada bayi.

Saya pernah menggunakan lampin pakai buang yang sangat murah. Ianya OK sahaja tetapi anak saya alah dengan lampin tersebut. Mungkin juga silap saya yang menukar lampin setiap satu jam sekali sahaja. Perlu lebih kerap tukar agaknya. Apa pun saya tak beli lagi jenama tersebut.

5. Praktikal.

Maksud di sini ialah mudah dipakaikan atau disarung kepada bayi. Untuk bayi kecil, belum sesuai membeli lampin pakai buang yang jenis ‘fit’ sebab saiz bayi kecil kecuali lampin kain dan ‘cloth diapers’ yang boleh dilaras saiznya.

Selesai memilih lampin pakai buang yang sesuai, jangan lupa uruskan lampin kotor dengan baik. Dengan ini kita dapat menyumbang ke arah kebersihan persekitaran 😘

Mengurus Lampin Pakai Buang

Pertama :

Jangan buang lampin pakai buang ke dalam tong kitar semula. Ini peraturan utama! 😁 Kasihan pula dengan tong-tong itu nanti.

Kedua :

Sediakan tong khusus untuk membuang lampin kotor anak.

Ketiga :

Usahakan buang najis anak ke dalam mangkuk tandas dan jangan lupa tekan ‘flush’! 👍

Keempat :

Ha, ini mesti buat. Kalau tidak satu rumah boleh bau! ‘Kemaskan’ lampin pakai buang anak ini dengan melipat atau menggulungnya dan lekatkan hujung pelekat elok-elok 😍

Kelima :

Segera buangkan lampin pakai buang ini apabila tong sampah telah penuh. Ini bagi mengelakkan bakteria yang tidak diketahui tersebar.

Keenam :

Basuh tong sampah sekiranya perlu bagi menghilangkan bau dan warna sekiranya ada. Perlu juga gunakan sanitizer pada tong sampah berkenaan.

Ibu ayah pun jangan lupa basuh tangan bersih-bersih dan gunakan hand sanitizer.

Bagaimana sekiranya anda dalam perjalanan?

Sebelum keluar berjalan-jalan, ibu yang bijak akan uruskan dahulu keperluan untuk bayi. Bawa bekalan plastik khas untuk membuang lampin kotor. Boleh juga beli bekas cantik seperti ini. Sudah siap dijual dengan plastiknya.

Shopee_fd1f38329cf8077d4587a6eb763ebc29.jpg

Memang plastiknya agak nipis dan saiz kecil tetapi sesuailah dengan keperluannya kan. Semoga info ini membantu anda. Jumpa lagi.

1 thought on “Lampin Pakai Buang Anak : Tip Urus Dengan Baik

  1. Terima kasih atas makluman ini.

    Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!

Leave a Reply

Open chat