Lihat Kebaikan Yang Ada

“Dahlah tak nak check gigi.”
Hmm.. bunga-bunga nak bergaduh dah dapat cam dah. Ummi diam sahaja lagi.

“Abang, tolonglah ni. Aman nak juga.”
“Tulah, siapa suruh tak check gigi tadi.”

Kali ini ummi kena bersuara.
“Ummi tak suka nada suara macam tu. Adik minta tolong, kan? Tak perlu kita ungkit banyak kali kesilapan sebelum ni. Kalau tak mahu tolong, beritahu elok-elok :

‘Abang buat abang punya dulu. Lepas ni abang tolong Aman pula.’ Lebih manis ayat tu didengar, kan?”

Anak-anak mengangguk.
Walhal ummi pun jadi malu sendiri. Banyak kali terjadi sebelum ini ada situasi yang ummi pun berperangai macam abang ngah. Sungguh, ini satu teguran Allah buat ummi.

Lagi pula terbaca hadis nabi tentang isteri baginda yang selalu diejek disebabkan status dirinya sebagai orang Yahudi. Nak tahu ceritanya?

Daripada Tsabit daripada Anas menceritakan bahawa Saidatina Safiyyah menangis setelah mendapat tahu madunya mengejek beliau dengan panggilan “Anak Yahudi”!

Apa tindakan Nabi?
Adakah Nabi marah kembali?

Nabi menjawab : Bukankah kamu anak nabi, bapa saudaramu nabi dan sekarang kamu ialah isteri nabi. Nah, dengan apa lagi dia hendak berbangga denganmu?

Tapi Nabi tak lupa bertegas dengan isteri baginda yang mengejek itu : Takutlah Allah wahai Hafsah! (Hadis Riwayat Tirmizi)

* Nota : anak nabi bermaksud keturunan Nabi Harun, bapa saudaramu nabi bermaksud Nabi Ibrahim

Apa yang dapat kita pelajari dari kisah ini?

1️⃣ Jangan sesekali mengejek orang.
2️⃣ Pandanglah kebaikan.
3️⃣ Hargai kebaikannya.
4️⃣ Cara terbaik hadapi ujian perasaan ini ialah menjadi seorang berjiwa besar dan pemaaf.

Sukar? Tetapi itulah yang Rasulullah cuba didik kita. Malah baginda juga tidak pula mencela semula pihak yang mengejek. Namun baginda naikkan self esteem Saidatina Safiyyah dengan pujukan.

Wallahualam.

Ingatan awal hari untuk diri saya sendiri.

#ragamanak
#AsamGaramRumahTanggaNabi

Leave a Reply

Open chat