Mat Som by Lat

Karya Datuk Lat mungkin lewat saya kenali. Samar-samar di ingatan semasa kecil dahulu pernah baca majalah Gila-Gila. Tetapi dengan usia saya baru 5-6 tahun, belum dapat memahami lawak yang dipaparkan dalam majalah itu. Saya hanya memilih-milih halaman mana ingin dibaca.

Tetapi saya suka menyelak lembaran demi lembaran. Lukisannya memberi makna. Begitu jugalah apabila usia menghampiri 40 ini, kembali membaca karya Datuk Lat, membawa ingatan yang nostalgia tentang zaman 90-an.

Kisah Mat Som, seorang penulis separuh masa yang ingin menjadi penulis sepenuh masa (sudah pasti mahu bergaji tetap) risau akan beberapa perkara. Selain hal kerjaya, surat dari kampung juga begitu memberat dalam kepala.

Jodoh.

Isu yang penting oleh mak ayah tika itu (hingga kini pun). Ayahnya ingin Mat Som berkenalan dengan anak rakannya. Bukan Mat Som tak mahu, tapi kali terakhir bertemu pun ketika kecil dahulu. Sekarang entah kan sudah ada boifren, berkerjaya hebat dan lain-lain, macam mana nak beritahu ayah kembali, kan?

Lagipun Mat Som macam ada hati dengan seorang gadis di sini. Cuma sahaja tidak ada kesempatan berkenalan lanjut.

Lukisan dalam buku ini memang mengingatkan suasana di KL suatu waktu dahulu. Saya suka dengan lorekan pennya. Entahlah tak tahu nak komen macam mana. Orang lain lebih hebat memberi ulasan.

Kisah Mat Som menunjukkan berusaha dengan bersungguh-sungguh, jujur dan bersemangat membuahkan hasil di kemudian hari. Cepat atau lambat itu kuasa Allah yang penting usaha.

 

Aina Dayana Hilmi

16 Mac 2022

Leave a Reply

Open chat