Menu Sihat Bayi

Alhamdulillah, selepas fasa menyusu bayi bermula, kini bermula pula langkah seterusnya apabila bayi mula perlu diperkenalkan dengan makanan. Usia bayi mencecah 6 bulan ke atas sudah boleh menerima makanan yang bersesuaian. Namun ibu perlu melihat dahulu kesediaan anak menerima makanan tersebut.

Kepentingan Makanan Berkhasiat untuk bayi

Pemakanan bayi semasa kecil inilah yang menjadi asas pembentukan tabiat pemakanannya kelak. Oleh itu dalam menu bayi, pastikan ibu menyediakan makanan yang seimbang lagi berkhasiat. Ini penting kerana :

  1. Makanan berkhasiat membekalkan nutrien mencukupi untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi.
  2. Makanan ini akan membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental bayi.
  3. Menyediakan sistem imun badan yang baik mempertahankan badan daripada bakteria.

Keperluan pemakanan bayi

Bagi 2 tahun pertama seeloknya diberi susu ibu dan ditambah dengan makanan pelengkap bermula usia 6 bulan ke atas.

Memperkenalkan makanan pelengkap bayi : Perkara yang BOLEH dan TIDAK boleh

Do and Donts

Peka dengan pilihan menu anak

Tanggungjawab ibu bapa menyediakan makanan yang sesuai mengikut peringkat umur anak. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti :

1) Mengelak makanan berserat tinggi

roti.jpg
Sumber gambar : pixabay.com

Makanan berserat tinggi tidak sesuai dengan kapasiti bayi meskipun ianya makanan sihat untuk kita orang dewasa. Contoh makanan berserat tinggi seperti roti gandum penuh, kentang,  buah jambu atau kekacang (sekadar menyebut beberapa contoh). Adakalanya ia boleh menyebabkan bayi sakit perut dan sembelit.

2. Makanan bersaz kecil

Baby eating fruit.jpg
Sumber gambar : pixabay.com

 

Potong dahulu buah-buahan atau sayur-sayuran sebelum memberi anak makan. Pastikan juga makanan itu lembut bagi mengelakkan risiko anak tercekik.

3. Makanan tinggi lemak

cheese.jpg
Sumber gambar : pixabay.com

Hadkan makanan ini meskipun ia penting untuk tumbesaran. Contoh makanan tinggi lemak ialah mentega, keju, daging berlemak dan makanan lain berasaskan daging.

4. Jangan beri telur mentah

telur separuh masak.jpg
Sumber gambar : pixabay.com

Ada risiko anak terkena jangkitan salmonella yang mengakibatkan keracunan makanan. Telur separuh masak pun tidak perlu diberi lagi. Hanya berikan telur yang dimasak sepenuhnya.

5. Minuman bergula

drink.png
Sumber gambar : pixabay.com

Pengambilan gula dalam minuman dan makanan tidak baik untuk kesihatan. Anak lebih cenderung untuk menumpukan kepada makanan manis sahaja apabila sudah cuba buat pertama kali. Ibu ayah juga yang akan sukar menghadapi tabiat makan yang tidak sihat ini nanti. Sebaiknya didik anak minum air kosong selain susu badan sekiranya masih menyusu badan.

6. Berhati-hati memilih ikan

salmon fish.jpg
Sumber gambar : pixabay.com

Ada sesetengah ikan mengandungi merkuri yang tinggi di dalam badannya. Contoh ikan yang tinggi merkuri ialah :

– Ikan Yu

– Ikan Pari

– Ikan tuna

– Ikan makerel (kembung besar)

 Ikan merupakan sumber protein yang terbaik. Menjadikan ikan sebagai salah satu menu harian adalah bagus kerana ia dapat mengurangkan risiko penyakit antaranya :

+ Mengurangkan serangan asma.

+ Mengurangkan risiko terkena penyakit jantung dan strok.

+ Membantu penglihatan yang baik dan jelas.

+ Menyumbang kepada kesihatan otak dan kecerdasan minda asbab Omega 3 yang ada di dalam ikan.

Boleh dapatkan buku panduan masakan dan penyediaan menu sihat dan berkhasiat untuk si kecil terbitan Nutrition Society of Malaysia di sini :

Buku Resipi Untuk Si Manja

Semoga bermanfaat. Jangan lupa tekan butang ‘share’ 🙂

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares