Minggu kedua 2023

Sudah lama tak masuk ke kelas MD Sayang. Sebelum cuti sekolah, anak-anak ini tidak sihat. Berhari-hari tidak hadir. Minggu pertama 2023 pula, cikgu pula cuti sakit. Hari ini seronok bertemu mereka.

 

Misi menambah kosa kata bahasa isyarat anak murid masih diteruskan. Untuk Athia, saya cuba jalankan ini :

1. Kad imbas

Saya cetak besar (gambar, kod isyarat dan ejaan).

 

2. Kad ejaan

Ada gambar, kod isyarat, ejaan dan kotak huruf.

 

3. Kad tulis

Ada gambar, kod isyarat, ejaan dan garis empat untuk menulis. Saya laminate supaya boleh ditulis padam berulang kali.

 

4. Kad bacaan

Kad bacaan aras mudah. Mengandungi perkataan utama, ini dan saya. Selepas mereka mahir, baru saya tambahkan ayat menjadi lebih kompleks.

Setiap hari dua perkataan, seminggu sudah 10 perkataan. Sebulan boleh dapat 40 perkataan. Insya-Allah. Nampak mudah tetapi hakikatnya tidak. Ada hari mereka sihat dan boleh ikuti pelajaran dengan baik. Ada hari tidak sihat, maka perlu diberi kelonggaran. Begitulah.

Untuk anakanda Sofea, kemahiran motor halus masih diberi perhatian. Hari ini cuba menariknya untuk buat pengelasan menggunakan mainan haiwan. Belum berjaya sepenuhnya tetapi dia nampak muka memahami kehendak arahan. Paling suka dengannya ialah pengemas dan teliti bab kebersihan.

Jumpa lagi anak-anak.

 

Aina Dayana Hilmi,

9 Januari 2023.

Leave a Reply

Open chat