Misi Membaca 2020

Alhamdulillah. 30 November lalu tercapai target bacaan 120 buah buku untuk tahun ini. Antara tahun yang produktif saya dapat membaca. Bukan mahu menunjuk-nunjuk tetapi alhamdulillah Allah beri semangat dan kemampuan untuk membaca sebaiknya. Bahan bacaan saya tidak terlalu berat. Seimbang antara buku fiksyen dan bukan fiksyen.
Saya banyak membaca novel kanak-kanak dan awal remaja memandangkan ada anak berusia sekitar ini. Jadi saya mahu menapis bacaan sebelum diberi kepada mereka. Nampak remeh tetapi pengalaman saya bacaan semasa kecil sedikit sebanyak mempengaruhi proses pembelajaran seterusnya.
Saya sendiri semasa kecil membesar dengan buku siri penyiasatan Enid Blyton seperti 7 Penyiasat, Hardy Boys, Siri Penyiasatan Salma dan 5 sekawan. Tak lupa juga si kembar dalam Siri Malory Towers, cerita kanak-kanak Noddy, Naughty Amelia Jane, The Wishing Chairs dan sebagainya.
Amat sedikit bahan bacaan berbentuk islamik waktu Itu. Jika ada pun, ia berbentuk buku bersaiz kecil, tiada gambar dan kertas coklat. Namun usaha penulis islami dahulu wajar dipuji kerana berusaha menyediakan bahan bacaan bermanfaat untuk generasi baharu.
Buku yang dibaca
Boleh lihat sebahagian ulasan buku di Bacaan Mei dan Bacaan Julai. Bacaan setakat 16 Disember 2020 :
1. Hilang & Jumpa oleh Umi Kalthum Ngah
2. The Secret Garden oleh Frances Hodgson Burnett
3. Lili Putih Srebrenica oleh Azida Ishak
4. Mak, Inilah Ceritaku oleh Shahray Zulkifli
5. Berani Berubah oleh Sahrulazmi Sidek
6. Budak Meja Belakang oleh Shah Ibrahim
7. Budak Kelas Belakang oleh Emylia Mohd Nor
8. Yang Diselindung Samudera oleh Azida Ishak
9. 99 Stress Free Wife oleh Shaza Baharuddin
10. Because of Winn-Dixie oleh Kate DiCamillo
11. Puteriku, Nasihat Abah Untukmu oleh Dr Zulkifli al-Bakri
12. Life is a Story: Make Yours the Bestseller oleh Hanis Yahya
13. Doktor Sakit oleh Atikah Razali
14. Tafsir al-Quran Surah Al-Fatihah oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
15. Nasi Lemak, Kacang Lebih oleh Che E
16. Wan Kenit ; Novel Grafik oleh Matlob
17. Untunglah Malaysia Masih Aman oleh Khairul Abdullah
18. Maka, Berbuatlah Emas oleh Azida Ishak
19. Listen To Your Heart oleh Nik Alia Hayati
20. Mursi, Mesir, Dan Aku oleh Amirul Azmeer Asmadi
21. Ustazah Sentap #Perangdakwah oleh Ain Maisarah dan Nana Syazana
22. OMG Gila Pink oleh Ain Maisarah dan Haziq Ridzuan
23. Ustazah Sentap #MisiSolehah oleh Ain Maisarah dan Nana Syazana
24. Ustazah Sentap #CintaTillJannah oleh Ain Maisarah dan Nana Syazana
25. Sahabat Dunia Akhirat oleh Ustazah Asma Harun
26. Marung dan 9 Perhentian oleh Kusyi Hirdan
27. Tak Kenal Maka Tak Cinta oleh Hasrizal Abdul Jamil
28. Metamorfosis oleh Azida Ishak
29. Dracula: Bermulanya Sebuah Legenda oleh Al Ghazali
30. Kurnia oleh Reyna Ibrahim
31. Ibnu Battuta oleh Al Ghazali
32. Wanita Hamil atau Menyusui ; Qadha atau Fidyah oleh Isnawati
33. Bukan Yang Pertama oleh Salina Ibrahim
34. Leksikon Ledang oleh Azida Ishak
35. X-Plorasi Surah Al-Baqarah oleh Muhammad Luqman Makhtar
36. Cinta Dalam Ujian oleh Muhaya Mohamad, Nur Hanisah, Saidatul Husna dan Amalina Nudin
37. Hero oleh Hilal Asyraf
38. Avant Garde: VT2 oleh Hilal Asyraf
39. Run Back oleh Syafiq Nasri
40. Ikon Syabab 2 oleh Dr Umar Muhammad Noor
41. Malcolm X: Pembela Kulit Hitam Amerika oleh Al Ghazali
42. Untuk Hidup 2 Kali oleh Hisham AR
43. Menjejak Scleropages oleh Dahiri Saini
44. Mamaku Menteri oleh Salina Ibrahim
45. Bening Merah Jingga oleh Nazurah Aishah
46. Mutiara Kasih Srikandi Rao oleh Khairulaniza Khairuddin
47. 100 Kisah Kehidupan oleh Zakaria Singing
48. Kasih Abang Teh oleh Suraiya Pauzi
49. 59 Mutiara Nabawi oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
50. The Tale of Mrs. Tiggy-Winkle oleh Beatrix Potter
51. Syhh, Sembilu Kasih Seorang Guru oleh Sri Diah (Penyelaras)
52. Matron Saya Nak Resign oleh NURSYUKRINA MD KHALIL
53. Hijrah Prolog Kita Belum Berakhir oleh Sri Diah (Penyelenggara)
54. Yeah, Cikgu Selepas Punch Out oleh Sri Diah (Penyelenggara)
55. Cikgu Ikan Singgang oleh Sri Diah (Penyelenggara)
56. Misi Detektif Fateh: Perang Mental oleh Nazry dan Afiq
57. BFF Upahan oleh Hana Adneen
58. Komik Gaza MINI #1: Detik Awal Palestin Dijajah oleh IF Moses
59. Komik Gaza MINI #2: Palestin Terancam Angkara Khianat oleh IF Moses
60. Komik Gaza MINI #3: Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar Islam oleh IF Moses
61. Komik Gaza MINI #4: Strategi Licik British Merampas Palestin oleh IF Moses
62. Komik Gaza MINI #5: Mimpi Ngeri Rakyat Palestin oleh IF Moses
63. Geng Besi oleh Nita Yusof
64. Salam Kasih oleh M. Kamal Hassan
65. Misi Medik oleh Amir
66. Bahagia Tanpa Syarat oleh Zulkifli Che Noh
67. Ayah Edy Punya Cerita oleh Ayah Edy
68. Heavent Sent oleh Norhafsah Hamid
69. Lelaki Pinjaman Tuhan oleh Azian Rahman
70. Biar Berbekas oleh Roza Roslan
71. Ikon Rijal oleh Dr Umar Muhammad Noor
72. Ops, Dirinya Bintang di Langit Firdausi oleh Sri Diah (Penyelenggara)
73. Letters to God oleh Norhafsah Hamid
74. Kita Mesti Menang! Oleh Ruzain Syukur dan rakan-rakan
75. Saya Mahu Jadi Penulis 2 oleh Ruzain Syukur Mansor
76. Gema Puisi Maal Hijrah oleh Wanza dan rakan-rakan
77. Seminggu di Syurga: Kisah Benar Wanita Sudan Menjaga Budak Melayu di Khartoum oleh Ablah Ibtisam
78. Kenapa Kita Hidup Anakku? Oleh Dr Zuridah Hanim Md Akhir
79. Soal Jawab Fiqh Covid-19 oleh Dr Zulkifli al-Bakri
80. Doa Buat Anak Solehah oleh Nana Syazana dan Shasya Ali
81. Aku Berdosa oleh Syasya Ali
82. Juvana: Tahfiz Terbakar oleh Shasya Ali dan Rashiela Nurain
83. Bayangan Mata Hantu oleh Ain Maisarah dan Haziq Ridzuan
84. LANA Living As An Autistic oleh Syahirah Omar dan Lana Darwisya
85. Aku Mahu Jadi Seoulvivor oleh Ain Maisarah dan Rashiela Nurain
86. 26 Kes: Himpunan Kes Tak Terlupakan oleh Iera Rohaizad
87. Dunia Baru Tirmizi oleh Nur Sufi
88. Au Revoir oleh Roza Roslan
89. Kisah Orang Kaunter oleh Rafi Harumin
90. Hello Anak-Anak Ayah! 2 oleh Zulina Hasan
91. Meniti Masa Berbaki oleh Roza Roslan dan Muhd Kamil Ibrahim
92. I’m A Backpacker: United Kingdom oleh Shah Kang
93. Cinta Ibu Ke Syurga oleh Haida Kamaruzaman
94. Tafsir Mini Surah Al-Fatihah oleh Ummu Ammar
95. Tora Datang Lagi oleh Amirul Bozu
96. Isteriku & Kedai Buku oleh Shin Takahashi
97. Amirul Budak Sudan oleh Roza Roslan
98. Teroka Sains 1: Menerokai Keajaiban Alam Ciptaan Tuhan oleh Dr. Wan Fahmi Dato Wan Mohamad Nazarie, Dr. Nur Annies Abd Hadi
99. Impian Juara oleh Wan Zayu
100. Dear God oleh Norhafsah Hamid
101. Impian Juara 2 oleh Wan Zayu
102. Cendol Pulut Santan Lebih oleh Abd Jalil Ali
103. Backpack Pusing Jerman & … Oleh Normi Nas
104. Teroka Sains 2: Fakta Pelik, Unik & Kelakar Haiwan oleh Dr. Wan Fahmi Dato Wan Mohamad Nazarie, Dr. Nur Annies Abd Hadi
105. SeniBerfikir Yang Hilang oleh Hasrizal Abdul Jamil
106. Dia Tinggalkan Tanda oleh Roza Roslan
107. Rough Diamond oleh Norhafsah Hamid
108. Mä Oon Rizal oleh Hasrizal Abdul Jamil
109. Anak-anak Abah oleh Nazali Noor
110. Ustazah Zaman Dulu-Dulu oleh Maisarah Mohd Pauzi
111. Sakit Misteri ; Hanya Dia Maha Penyembuh oleh Waridah Lothpi
112. Travelog Aku Pesakit Covid oleh Mohd Zulkifli Awang
113. Rahsia Hutan Belantara oleh Nurulsham Saidin
114. Calling Me Softly oleh Norhafsah Hamid
115. Dia Mahu Daku Ke Sana oleh Roza Roslan
116. Surat-surat Dari Maninjau oleh Hafizul Faiz
117. Laskar Pelangi oleh Andrea Hirata
118. Impian Juara 3 oleh Zayu Hisham
119. Bahagia Jangan Berhenti Menyulam Setia oleh Sri Diah (Penyelaras)
120. Jilid 1 Ibu, Ceritalah Lagi oleh Aqilah Nor
121. Aku Mahu Banglo Pink oleh Ain Maisarah
122. Kisah Malaysia Berkurung: Pesan Cinta Daripada Tuhan oleh Abdullah Bukhari
123. Aduhai Anak oleh Nor Azzah dan rakan-rakan
124. Pemburu Kesepian di Bumi Geordy oleh Maszlee Malik
125. Komik 10 Sahabat Dijamin Masuk Syurga oleh Izzah Annisa dan Fajar Istiqlal.
126. How To Master Your Habits oleh Felix Y. Siauw
127. Misi Reunion oleh Komik Misi
Membaca dan menulis
Seseorang yang membaca akan melalui beberapa fasa. Membaca kerana belajar, membaca kerana mengisi masa lapang, membaca sebagai keperluan akademik dan kerjaya, membaca kerana hobi, membaca sebagai habit mahupun 101 sebab lain.
Ada orang selepas banyak membaca, ingin sekali mereka tumpahkan idea Itu dalam bentuk penulisan. Idea banyak disusun cantik dan terhasil kalam bermakna buat orang lain.
Selamat membaca dan terus sebarkan kebaikan.
Aina Dayana Hilmi