Nasi Ayam Hainan

 

Percubaan awal membuat nasi ayam ini berjaya dahulu. Maka inilah antara menu yang rajin dibuat saban bulan. Tapi tidaklah terlalu kerap. Hanya apabila cukup bahan barulah dilaksanakan. Tambah lagi mahu menarik anak makan nasi, mak kata cuba nasi yang berperisa.

 

Saya perolehi resipi ini daripada WhatsApp group Cikgu Ninie. Mari lihat resipinya. Oh ya, saya gunakan Noxxa untuk masak. 2 kali guna inner pot. Mula-mula steam ayam ya kemudian pindahkan isi ke dalam periuk, baru masak nasi ayam 7 minit dengan pilihan High Pressure.

 

Nasi Ayam Hainan

 

Bahan untuk rebus ayam :

1/2 ekor ayam

Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam

Garam

Serbuk pati ayam ~ kalau suka

1 inci halia ~ diketuk

 

Cara penyediaanya: –

1.Masuk semua bahan ke dalam periuk Noxxa. Pastikan periuk tertutup rapat dan set pada STEAM pada tombol laras bahagian atas penutup periuk.

2.Tekan button STEAM pada periuk dan setkan timer selama 5 minit. Tunggu sampai masa tamat dan keluarkan ayam dari periuk. (Tapi saya set kepada 12 minit. Nak bagi ayam lebih lembut).

3.Guna air rebusan ayam untuk memasak nasi dan sup.

 

Untuk nasi :

2 cawan beras

3 cawan air rebusan ayam – jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan

2 ulas bawang putih – ditumbuk*

1 inci halia – ditumbuk*

Garam*

1 sudu besar majerin*

1 sudu besar minyak masak*

sedikit kulit kayu manis*

daun pandan*

sedikit pati nasi ayam hainan (jika suka)*

 

Cara penyediaan:

1.Beras dibersihkan kemudian ditoskan.

2.Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.

3.Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.

4.Pastikan periuk ditutup rapat.

5.Setkan STEAM pada tombol atas periuk dan tekan button STEAM pada periuk.

6.Setkan timer kepada 10 minit. Biarkan sehingga masak.

 

Untuk sup:

Air rebusan ayam

Daun sup ~ dihiris boleh juga bubuh sedikit sayur kobis jika suka.

 

Cara penyediaan:

1.Air rebusan ayam tadi dididihkan.

2.Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng jika suka.

 

Untuk sos cili:

10 biji cili merah

1 inci halia

2 ulas bawang putih

1 sudu besar gula

Garam

2 sudu besar jus limau nipis

1/2 botol sos thai

 

Cara penyediaan :

1.Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.

2.Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.

3.Tumis seketika ( jika suka)

 

Untuk sos kicap:

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

3 sudu besar kicap manis

5 sudu besar air rebusan ayam

1 sudu besar gula

 

Cara penyediaan : 

Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

 

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Setiap kali masak, saya cuba perbaiki kelemahan saya. Sekarang sudah boleh adjust rasanya untuk beri lebih kesan sedap. Saya hidangkan bersama hirisan tomato dan salad segar.

 

Terima kasih Allah atas rasa yang sedap ini. Bolehlah hiburkan hati sendiri yang kurang mahir memasak 😁

 

Selamat mencuba.

 

Aina Dayana Hilmi.

Leave a Reply

Open chat