Nasi Tomato

Alhamdulillah. Saya bersyukur dikelilingi oleh orang yang pandai memasak. Dan syukur juga mak ayah kahwinkan saya awal. Saya masih di alam kampus waktu itu. Duduk pula dengan mertua. Tak lama kemudian beliau jatuh sakit angin ahmar. Aha, memang terus-meneruslah saya perlu tahu memasak.

Selain mak sendiri, saya suka masakan Mak Long saya. Saya panggilnya Long sahaja. Dari kecil saya perhatikan Long. Seorang ibu bekerja yang ada rutin yang sibuk. Keluar rumah sebelum subuh, tiba kembali di rumah menjelang maghrib.

IMG-20191021-WA0093.jpg

Waktu Ramadan, adalah waktu yang kami semua nantikan. Meriah tau! Long sekeluarga akan pulang dari Kajang dan orang perempuan akan mula sibuk menyediakan bahan masakan untuk berbuka seawal lepas zohor lagi. Maklumlah kadang-kadang kami iftar beramai-ramai dengan semua adik-beradik mak.

Long akan memerah kacang soya untuk diminum airnya (tak perlulah kami beli di Bazar Ramadan waktu itu), membuat popia sayur (saya suka bantu tarik helai demi helai kulit popia itu), buat puding kastad, masak rendang, nasi tomato dan sebagainya.

Kuih raya pun beliau rajin buat berjenis-jenis. Allahu. Sudahlah banyak, sedap pula tu 😍 Memang kuih rayanya saya tunggu untuk makan. Haha. Memang hobiku suka makan. Padan benarlah tak kurus-kurus.

Ketika saya belajar di Cheras, banyak kali juga bertandang ke rumahnya. Salah satu sebab kerana diserang asthma. Jadi cuti sakit yang beberapa hari itu saya menumpang tidur sehingga benar-benar sihat. Saya memerhatikan beliau membuat bihun goreng, nasi lemak, sambal tumis, kari dan seumpamanya. Masya Allah, terbaikkk.

Pernah saya minta resipi bihun kungfu beliau. Memang resipi itu menjadi dengan sekali buat. Haha. Sudahnya selalulah kami makan bihun kungfu di rumah 🤣 Malangnya resipi itu tiada lagi dalam simpanan tetapi saya masih ingat sampai sekarang.

Antara resipi yang saya ingat ialah nasi tomato. Marvelous 😘 Saya kongsikan di sini :

Nasi Tomato

nasi tomato.png

Bahan-bahan :

Bawang besar 1 biji – dihiris
Bawang putih 5 ulas – ditumbuk
Halia 2 inci – ditumbuk
Kulit kayu manis. bunga cengkih,
Minyak 3 sudu
Minyak sapi 3 sudu
Beras 6 – 7 pot kecil
Susu cair atau susu pekat manis 4-5 sudu
Gula 2 sudu
Garam 3 sudu teh (atau secukup rasa)
Tomato soup – 1/2 tin
Daun pandan 1 helai

Cara :

1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
2. Tumis bunga cengkih, kulit kayu manis, bawang besar, bawang putih, halia
3. Masukkan air, susu cair, gula, garam, tomato soup
4. Selepas bahan 3 mendidih, masukkan beras.

Nasi tomato boleh dipadankan dengan apa-apa lauk bersesuaian seperti masak kurma, ayam masak merah, kuah dalca dan lain-lain.

Yummy!
Perut rasa laparlah pula. Haha. Tapi sekarang mood nak memasak ni semua hilang entah ke mana. Hari-hari masak nasi putih sahaja beserta lauk. Bila lagilah nak buat nasi tomato 🤭

Selamat mencuba resipi ini. Doakan kami sekeluarga. Dan semoga Long juga mendapat kebaikan atas perkongsian resipi ini 😊❤️

Aina Dayana Hilmi,
Suka makan.

Leave a Reply

Open chat