Norway dan Sweden Dalam 10 Hari

Buku : Norway dan Sweden Dalam 10 Hari

Penulis : Noor Hayati Yasmin Nga Timin

Penerbit : Dua Penulis (2018)

Bilangan muka surat : 168

Saya suka geng kembara mereka yang berempat ini. Masing-masing sama kepala menjadikan perjalanan lancar sahaja. Biasanya bila baca buku travelog yang lain, pasti ada kejadian luar jangka yang menyesakkan dada 😅

Nampak seperti mereka telah membuat persiapan rapi sebelum kembara. Saya suka perincian tempat yang dinyatakan okeh penulis. Sesekali saya Google juga untuk lihat tempat yang mereka lawati. Sungguh, ia pengalaman yang menarik meskipun mampu membaca sahaja.

Jarang orang melancong ketika musim sejuk tetapi mereka pergi waktu musim ini. Teruja juga apabila mengetahui yang mereka mahu mencari aurora. Namun, Allah izinkan lintasan aurora itu dapat dilihat sedikit sahaja di dalam kamera. Pada pandangan secara fizikal, kurang jelas di mata.

Melalui buku ini, penulis pandai menggarap gambaran tentang muzium di sana. Tiba-tiba saya pula terasa mahu melawat muzium sekarang. Barulah saya sedar akan kepentingan kewujudan muzium di sesebuah negara. Ia bukan sekadar menyimpan artifak dan menjadi arkib tetapi kita dapat mengetahui sejarah, asal-usul kita dan sebagainya.

Alangkah bagusnya jika semua badan berkepentingan di negara kita memainkan peranan memperkasa pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah dan sejarah negara.

Seronok membaca naskhah ini. Berinformasi, mendamaikan dan mengujakan!

Selamat membaca.

Buku 2 / 2022

 

Aina Dayana Hilmi,

8 Januari 2022

Leave a Reply

Open chat