Nota My #QuranTime Juz 1
Semasa saya menulis entri ini, Nota My #QuranTime Juz 5 sedang dalam cetakan manakala Juz 1 juga baru selesai cetakan baru. Secara rasminya sekarang ada stok untuk Juz 1 hingga 4.
Juz 1 warna hijau
Juz 2 warna merah terang
Juz 3 warna biru
Juz 4 warna kuning
Juz 5 warna merah gelap
Untuk kali ini, saya fokus kepada Nota My #QuranTime Juz 1 sahaja.
Nota My#QuranTime Juz 1
Buku ini diterbitkan oleh Karangkraf dan transkrip program TV Alhijrah My #QuranTime telah dibukukan sebaiknya. Mempunyai ketebalan 347 muka surat menghidangkan :
✔️ 1 juzuk bagi 1 buku
✔️ Nota pilihan daripada penonton
✔️ Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
✔️ Nota ringkas yang padat dan mudah difahami
✔️ Infografik menarik dan berwarna untuk menambah kefahaman
Menariknya, turut ada dalam buku ini :
✔️ Terjemahan
✔️ Pengenalan kalimah baru. Jadi pembaca dapat belajar satu perkataan Bahasa Arab bagi sesuatu topik
✔️ Tadabbur
✔️ Tajwid bagi melengkapkan pemantapan belajar al-Quran
2
Sesuai dibaca pada bila-bila masa. Terutama apabila menonton semula rakaman rancangan My #QuranTime atau mengisi masa dengan mempelajari al-Quran.
Sempena ramadan ini, boleh jadikan ia sebagai pencetus semangat memaknai ramadan dengan lebih baik.
Dapatkan buku ini di sini.
Selamat membaca.