Panduan Memilih Mainan Anak

“Aduh!” Menyeringai muka dan terhincutlah kaki ni.

Kenapa tu?

Terpijak mainan anak-anaklah. Pasti ada yang pernah alami macam ni kan? Rasa-rasanya kalau dikumpulkan mainan anak-anak kita, berapa bakul agaknya ya?

lego.jpg
Sumber gambar : pixabay.com

Memang sakit betul kaki bila terpijak mainan anak-anak di atas lantai. Dulu pernah sampai satu tahap saya jadi rimas dengan mainan anak-anak. Yalah, mereka masih kecil, belum faham arahan lagi menyimpan mainan. Mainan blok tak usah cakap, memang dah tak cukup bilangan. Jigsaw puzzle pula memang saya mengaku kalah. Taubat tak mahu beli lagi. Anak-anak tak pandai jaga T_T

Lama-kelamaan saya buat begini :

  • Kumpulkan semua mainan, susun masuk kotak berlabel.
  • Simpan sebahagian dan hanya keluarkan sebahagian lagi untuk anak-anak main.
  • Beri satu tempoh dalam 3 bulan sekali baru “rotate” mainan tersebut.
  • Berhenti membeli sebarang permainan, jigsaw puzzle dan alatan lain sehingga diyakini anak-anak pandai bermain, menjaga dan menyimpan dengan elok.
  • Jangan lupa cuci mainan anak. Jika mahu pantas, boleh sahaja gunakan Bac Out dahulu.

Susun cantik macam dalam gambar ni pun best kan? Box saya biasa sahaja 🙂

 

toys storage.jpg
Sumber gambar : di sini

Panduan memilih mainan anak

toys.png
Sumber gambar : di sini 

 

Saya yakin ibu dan ayah pasti teruja juga membeli permainan untuk si kecil. Terutama bagi cahaya mata sulung. Apa kriteria mainan yang ibu ayah fikir sebelum belikan anak?

 

  1. Keselamatan
label toy.jpg
Sumber gambar : di sini

Baca label pada alat permainan tersebut. Jenis materialnya, cara bermain, cadangan umur dan sebagainya. Ini bagi mengelak bahaya kepada anak kecil seperti termasuk ke dalam hidung atau telinga, tertelan mahupun tercucuk. Lagi susah bila hal ini terjadi. Ibu ayah perlu segera dapatkan rawatan dari doktor di hospital.

 

  1. Manfaat
safe toy.png
Sumber gambar : dari sini

Lihat usia anak. Cari info berkaitan perkembangan anak dan cadangan aktiviti bagi merangsang fokus dan kemahiran si kecil. Seeloknya juga alat mainan ini bersesuaian dengan umurnya bagi mengelak tekanan apabila anak tidak mampu bermain dengan alat permainannya.

Misalnya, lego bersaiz besar sesuai untuk anak berusia 3 tahun berbanding memberinya lego bersaiz kecil.

 

  1. Bajet
bajet.png
Sumber gambar : dari sini

Membeli mengikut bajet dan keperluan anak anda. Tidak perlu ikutkan sangat kehendak anak untuk membeli alat permainan yang mahal. Ini bagi mendidik anak tentang penjimatan dan sifat cukup (qanaah).

 

Didik anak jaga alat mainan

Sekarang bila anak dah besar, barulah saya mula membeli semula alat permainan. Itu pun masih memilih-milih juga yang terbaik untuk mereka. Nampak ada yang cenderung meminati jigsaw puzzle maka saya carikan yang bersesuaian dengan umur. Kami paling suka main Jigsaw Puzzle keluaran Learning Roots. Alhamdulillah berbaloi beli!

main puzzle 1
Puzzle ni besar, anak-anak pun tak berebut nak pasang. Masing-masing ada bahagiannya
jigsaw puzzle seerah
Ini hasilnya

Dan giant jigsaw puzzle dari Mind to Mind ini pun sangat digemari anak-anak.

giant jigsaw puzzle.jpg

Anak-anak pun sudah mula boleh terima dan faham arahan. Sudah kuranglah masalah mainan bersepah. Sebab masing-masing akan saling membantu untuk kemas selepas main. Namun mulut ummi ni memang tak berhenti juga nak ingatkan mereka. Hee.. Oh ya untuk pilihan jigsaw puzzle yang pelbagai dan menarik, boleh juga cari di Big Bad Wolf Sale. Lihat jadual festival di web atau laman FB Page mereka. Jumpa lagi.

Leave a Reply