Patch Test

 

Biasanya sebelum guna apa-apa produk pada kulit, mesti buat ujian tau. Kita panggil Patch Test. 

Kulit kita pun ada banyak jenis misalnya berminyak, kulit kering, normal atau selainnya. Perlunya buat ujian supaya tak timbul masalah lain di kemudian hari.

 

Apa itu Patch Test?

Patch Test ialah ujian mengenalpasti sama ada timbul simptom keradangan pada kulit atau tidak. Ia penting bagi mengelak berlaku masalah pada kulit kita. Mencegah lebih baik dari merawat, kan?

 

Penting ke buat Patch Test?

Memang ada orang semborono sahaja pakai pada kulit. Hehe. Tapi ummi serik uii. Dulu pernah pakai pencuci muka (tak ingat pula jenama mana), kulit muka jadi panas dan mengelupas! Satu hal pula nak baik pulih mula. Ambil masa lama juga.

 

Tanda-tanda produk tak sesuai dengan kulit kita

🔅Kulit kemerah-merahan

🔅Kulit jadi kering

🔅Kulit rasa panas atau pedih

🔅Mungkin juga timbul bintik-bintik kecil macam ruam dan selainnya

 

Produk Tasneem Naturel

Produk Tasneem Naturel menggunakan bahan yang natural namun masih perlu diuji juga. Diakui tiada satu produk pun di dunia ini yang “ngam” dengan semua orang, kan? Tak mahulah “over claim” 🙂

 

Cara buat Patch Test

Sebelum pengguna beli balm dan produk Tasneem Naturel, saya memang akan nasihatkan supaya buat Patch Test seperti ini :

» Sapu di tapak kaki

» Celah pelipat

» Ada yang letak di pergelangan tangan

 

Lihat sekiranya ada perubahan. Boleh jadi ambil masa sehari dua. Ada yang timbul selepas beberapa jam.

Dalam kes begini, jarakkan pengambilannya atau berhenti sementara.

Semoga ia membantu ibu-ibu sebelum menggunakan apa-apa produk. Jumpa lagi.

2 thoughts on “Patch Test

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

1
www.wasap.my/60133613516
Powered by
shares