Pertama kali ke Ranau

Melancong

Bestnya kalau dapat pergi Sabah,” kata teman sebilik. “Ha, jomlah ikut saya balik,” sambut Wati. Saya dan Emma, teman sebilik berpandangan. Idea yang menarik. Entah mengapa bersungguh benar Emma kali ini. Saya pun mengikut sahaja. Kami melihat jadual cuti semester, tiket kapal terbang, mengira bajet dan paling penting mendapatkan keizinan dari kedua orang tua. Tak sangka semuanya lancar.

Pengalaman pertama kali mengikut Wati menempah tiket kapal terbang Air Asia di KL Sentral memberi satu ilmu baharu. Wati yang berasal dari Ranau tenang sahaja membuat urusan di kaunter. Waktu itu sebenarnya sudah ada kiosk di bahagian tepi kaunter bagi mereka yang mahu membuat pembayaran secara atas talian. Ala-ala mesin ATM. Sempat juga kami berbincang semula tarikh memandangkan harganya berubah-ubah.

Pemandangan di belakang rumah Wati di Kampung Mumpait, Ranau

8 hari di Ranau sangat memberi makna. Jauh berjalan luas pemandangan. Mengenali budaya keluarga di sana, adat setempat, mendaki kaki gunung menuju kebun keluarga rakan, melawat Kundasang, menjelajah kawasan air panas Poring dan sebagainya. Kagum dengan keluarga mereka yang menjadikan sayur-sayuran sebagai salah satu makanan utama. Cuaca yang sejuk lagi nyaman menjadikan musafir kami agak selesa.

Pernah saya catatkan sedikit di sini : Ranau, Setahun yang Lalu

 

Aina Dayana Hilmi

7 Oktober 2022

Leave a Reply

Open chat