Pertama kali mengenal nasi arab

Makanan Luar Negara

“Jom makan di luar,” aku cadangkan kepada suami. Kebetulan ada dua orang adik sedang bercuti di rumah. Sementara Dayah belum sambung belajar dan si bongsu, Tiqa pun ada bersama. Adik nombor dua sudah berkahwin dan menetap di Sentul. Suami setuju. Kami bersiap-siap ke sebuah restoran makanan arab yang terletak di Bukit Beruang, Melaka.

Aku tidak pernah makan makanan arab sebelum ini. Selepas berkahwin suami yang memperkenalkan menu nasi mandi, nasi kabsah, kebab stail arab, shawarma, shai dan kunafah. Sekadar menyebut beberapa menu. Rasanya kena dengan tekakku jadi apa salahnya mempelawa adik-adik pula mencubanya.

Kunafah ialah satu jenis makanan yang pada awalnya berkerut juga dahiku semasa memamahnya. Tapi lama-kelamaan ia menjadi kegemaran. Sayang sekali di restoran berkenaan selalu tiada menu tersebut. Adik-adikku nampaknya mula menggemari nasi arab. Berbaloilah bawa mereka hari tersebut.

Hari ini kami masih akan makan menu ini sesekali apabila berkumpul dengan ahli keluarga. Jika pulang ke kampung di Perlis, restoran Ummi Corner pasti menjadi pilihan utama. ia terletak di hadapan SMK Derma dan berdekatan Hospital Kangar. Ada banyak menu sampingan yang ditawarkan. Jika anda ke sana, cubalah. Berbaloi insya-Allah!

No photo description available.

 

May be an image of 1 person, food and indoor
Sumber : Facebook Ummi Corner Perlis (https://www.facebook.com/MandhiKaherah)

 

Aina Dayana Hilmi

13 Oktober 2022

Leave a Reply

Open chat