Pertama kali mengenal telefon

Semasa aku membesar, telefon rumah yang ada ganggang itu baru masuk ke rumah-rumah di Malaysia. Tahun 1994, aku darjah empat. Balik sahaja ke rumah, terus menuju ke telefon tersebut. Teruja melihat, memegang dan emak mengajar cara menggunakannya. Namun aku sudah lupa berapa nombornya.

No photo description available.
Sumber gambar : Facebook Malaysiaku Dulu-dulu Official

Menjelang tingkatan 4 pada tahun 2000, mak ayah membeli sebuah komputer untuk kegunaan kami. Tika itu, hanya aku dan si bongsu ada di rumah. Manakala dua orang adik lagi berada di SMSAH Jenan dan SMAP Kajang. Nyata mereka lebih advance dalam kemahiran IT berbanding aku.

Sempat juga merasa fasa chatting di MiRC dan kemudiannya Yahoo! Messenger yang sangat popular. Ia menjadi penghubung antara rakan-rakan dan saudara-mara selain talian telefon. Aku pun sudah lupa sejak bila kami memotong talian telefon apabila telefon bimbit mengambil alih peranan komunikasi.

 

Aina Dayana Hilmi

12 Oktober 2022

Leave a Reply

Open chat