Petua Hilangkan Batuk dan Selsema Anak

Selalu sahaja saya bertemu ibu-ibu yang mengadu anak mereka selsema dan batuk. Ada yang masih dalam pantang, ada yang baru lima bulan, setahun dan kebanyakannya memang di bawah usia dua tahun.

Saya juga pernah mengalami bayi kecil berusia dua bulan dilanda batuk berpanjangan. Mungkin berjangkit daripada abang dan kakaknya. Risaunya hati, Allah sahaja yang tahu.

Macam-macam usaha buat tau. Semata-mata mahu anak sembuh dari batuk dan selsema. Saya nak kongsi beberapa petua yang dapat menghilangkan batuk dan selsema anak-anak kecil ini.

cbdc3f5b-e3ff-475c-9dc6-9f97807a92db

Pertama.

Kuarantinkan anak di rumah semasa anak tidak sihat. Selain mengurangkan risiko batuk dan selsema anak semakin teruk dan mengurangkan tersebarnya jangkitan kepada orang lain, suasana di rumah lebih selesa dan ibu Ayah dapat memantau kesihatan anak dengan lebih baik.

217fcea9-3fed-423f-b873-17ffbb250e56

Kedua.

Tepuk percussion ialah tepuk yang membantu pengeluaran kahak. Ada caranya. Pastikan ibu ayah menjarakkan masa selama sejam setengah hingga dua jam selepas anak menyusu kerana dibimbangi anak muntah susu.

Boleh lihat Teknik Tepuk Percussion atau lihat gambar rajah di bawah.

941a9fbf-e8cd-401b-a95f-29d15fe88ba7

IMG-20190831-WA0033IMG-20190831-WA0034Ketiga.

Kajian menunjukkan anak yang diurut lebih senang dijaga, tidak meragam dan memberi rasa selesa kepada bayi.

2011febc-69ed-40da-a2a2-8a2f87e36db9.jpeg

images

Keempat.

Dulu memang selalu buat begini. Beli lemon dari pasaraya, hiris dan masukkan dalam air mandian bayi. Ulang-ulang sehingga selsema dan batuk anak kurang. Sehingga kini, lemon masih kami stand by di rumah.

22ca0e89-59ce-4b3a-b570-02112b25caa2

Kelima.

Semasa mula-mula bayi saya selsema, ayah yang mengesyorkan supaya disedut hingus anak. Rupanya semasa kecil dahulu, ayahlah yang kerap menyedut hingus saya dek selalu terkena batuk dan selsema. Allahu. Terima kasih ayah.

Ada alatan yang boleh diguna bagi menyedut hingus anak ini. Boleh buat carian di internet berkenaannya. Anak memang akan menangis kerana tidak selesa alat tersebut diletak di hidung.

a7b2dcb6-8656-47b2-9911-49bfa57f4b6d

Keenam.

Menjaga pemakanan. Bagi bayi yang masih menyusu, ibulah yang perlu jaga makan. Berguna sungguh panduan pemakanan di bawah.

Ibu-ibu boleh cari resipi masakan yang sihat dan dapat meningkatkan sistem imun badan.

fad58515-e1c1-4db9-9cdb-c99607dc8ae0

IMG-20190721-WA0024.jpg

 

Jangan lupa untuk berdoa bagi kesembuhan anak. Boleh lihat di sini antara doa dari hadis sahih yang boleh dibaca apabila seseorang sakit.

Alhamdulillah. Semoga anak-anak anda cepat sembuh dan ceria seperti sediakala. 

 

Aina Dayana Hilmi

Berjaga-jaga bila anak selsema.

Leave a Reply

Open chat