Promosi Maulidur Rasul

Siri X-plorasi

Buku-buku dalam X-plorasi ni lebih kepada permainan bahasa dan permainan minda. Istimewanya kita belajar mengenai surah berkenaan dan mengenai Rasulullah sollallahu alaihi wasallam. Info diselang-seli dengan permainan.

Kalau ada yang suka main sudoku atau word search tu, boleh cuba yang ini juga. Bukunya saiz kecil. Memang muat dalam handbag atau beg sandang.

Saya secara peribadi suka dengan konsep dan susun atur buku ni. Menarik minat. Jika sediakan al-Quran di sebelah masa buat aktiviti X-plorasi ni pun bagus.

Jangan lupa kongsikan bacaan yang anda dapat dari buku ni dengan orang lain. Selain kita lebih lama ingat ilmu dalam ni, dapat juga pahala berbuat baik 🤗

Oh ya ada yang tanya sesuai ke untuk anak-anak? Alhamdulillah untuk anak remaja sangat sesuai. Untuk anak sekolah rendah, kami guna sama-sama dengan mereka.

Dapatkan dengan harga istimewa hari ini dan esok sahaja (28-29 Oktober 2020).

 

Contoh isi di dalamnya :

X-plorasi Surah Al-Baqarah

 

Uji minda
Isi kandungan X-plorasi Surah Ali Imran
X-plorasi Surah Ali Imran

Dapatkannya di sini.

Selamat membaca!

 

#Xplorasi
#selaluadacaramencintainabi
#PromoMaulidurRasul
#RakanDakwah
#malaysiamembaca

Leave a Reply

Open chat