Qurania ; medium bahan bacaan kreatif

 

Ada suatu kepelikan pada diri saya yang sekian lama saya simpan sendiri. Bagi orang mungkin ia suatu kebiasaan tetapi bagi saya sendiri, selalu terfikir normalkah saya menggemari buku kanak-kanak? Suka bermain Sudoku, teka silang kata dan permainan minda lain?

Semasa bujang dahulu, di alam kampus, saya sering berkunjung ke kedai buku dan membelek buku genre kanak-kanak. Di akhirnya, saya akan membeli beberapa buah untuk dihadiahkan kepada anak buah yang masih kecil. Gembira melihat mereka tekun membaca dan mengulit buku. Mungkin juga kerana terselit rasa bimbang sekiranya generasi anak kecil jauh daripada buku. Dasar seorang guru, bukan? Haha.

Apabila penulis mengumumkan akan menerbitkan dua buah buku terbaru berkonsepkan permainan minda, saya terus berminat dan mengikuti rapat info dari masa ke semasa. Malahan, sempat berkongsi dengan anak-anak dan kawan-kawan tentang buku baharu ini.

 

Qurania 1

Buku berwarna biru ini mengandungi set-set soalan mencari perkataan (word search) pelbagai tema. Ada nama haiwan, mencari jenis cuaca, nama manusia yang disebut dalam al-Quran dan sebagainya. Anak-anak saya seawal usia tujuh tahun sudah mula menggunakan buku ini. Sesekali ada juga mereka bertanya, “Ada ya perkataan ini dalam al-Quran? Surah mana, umi?” Aha, kita pula yang teragak-agak nak jawab. Subhanallah.

 

Qurania 2

Bukunya berwarna merah dan menariknya kali ini mengandungi lebih daripada 500 soalan! Lebih tepatnya ada 527 soalan yang perlu pembaca jawab. Bentuk soalannya lebih variasi. Terbahagi kepada empat bahagian iaitu :

1)Kuiz
2)Betul atau Salah
3)Isi tempat kosong
4)Aneka

Lebih mencabar! Mahu tidak mahu kali ini lebih elok sediakan al-Quran di sebelah supaya mudah merujuk jawapan. Boleh sahaja catatkan terus ayat yang ditanya supaya kita lebih ingat. Apabila membaca al-Quran dan terjumpa ayat berkenaan kita sudah boleh cam berdasarkan aktiviti yang telah kita tangani sebelumnya. Seronok kan bila faham ayat Quran yang dibaca?

Misalnya dalam bahagian Kuiz, ada tiga pilihan jawapan iaitu A, B dan C. Bagi pendapat saya, pengetahuan dan pengalaman luas perlu ada bagi melancarkan proses memilih jawapan. Kita pasti secara automatiknya mengimbas kembali cerita kisah nabi yang pernah didengari semasa kecil dahulu atau pernah membaca, belajar tafsir atau mendengar tazkirah lalu diadun menjadi suatu pengetahuan sedia ada.

Tapi selalu juga saya sendiri keliru akan jawapan yang betul. Hehe. Misalnya, siapa yang membunuh Jalut? Saya tidak pasti sama ada Nabi Daud, Zulkarnain atau Talut. Ha, cepat recall!

 

Kombo Qurania

Alhamdulillah, berita baik untuk semua.

Buat masa ini sedang berlangsung promosi Kombo Qurania ini dengan harga RM21.00. Ehh, nanti dahulu! Ada tambahan hadiah istimewa dari penulis bagi sesiapa yang inginkan set Qurania ini. Nak tahu apa hadiahnya?

1)Set alat tulis 4 dalam 1. (Ada pen merah, pen biru, pensel mekanikal dan highlighter kuning).

Qurania
2)Penunjuk Al-Quran khas bercetak tulisan Qurania.

Bagi yang berminat dapatkan kombo ini boleh terus ke pautan :

https://lidimedia.onpay.my/order/form/PROMOKOMBOQBBQ1Q2/AinaDayana

Atau jika mahu lihat dahulu sampel buku, boleh hubungi saya di sini.

Selamat membaca dan mengalami keseronokan mempelajari al-Quran.
Doakan saya juga.

Aina Dayana Hilmi.

Leave a Reply

Open chat