Resipi play-doh
Semakin anak membesar, semakin saya memahami keperluan anak-anak pandai menulis bukan sekadar ajar bentuk huruf. Tetapi kemahiran motor kasar dan halus turut perlu dirangsang agar membantu proses pembelajaran seterusnya.
Ianya memakan masa bukan seminggu dua. Tetapi bertahun. Dahulu suka sangat buat doh. Paling mudah buat, adunannya macam adunan jemput-jemput sahaja. Bila dah ada panduan, saya suka guna resipi doh dari Dr Siti (Facebook Fauzan N Siti).
Resipi play-doh
Bahan :
2 cawan tepung
1/2 cawan garam yang dikisar halus
2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil cream of tartar
Perisa vanilla / ros / pandan / eo (ada lagi, saya tak ingat)
Pewarna
1 cawan air mendidih
Cara :
Satukan semua bahan kecuali air dan pewarna. Gaul sebati. Masukkan air mendidih. Gaul dengan sudu. Bila dah suam sedikit uli doh dengan tangan. Bahagikan doh dan letakkan pewarna. Uli lagi.
Selamat bermain play dough anda! š
Kerja rumah
Sejak PKP, apabila semua berada di rumah maka semua aktiviti anak dapat kita pantau dengan lebih dekat. Dalam masa yang sama, tangan mak tetap macam sotong sebab banyak kerja rumah nak dibuat, kan?
Aha.. di sinilah peluang yang dapat diambil untuk ajar mereka membantu kerja-kerja rumah. Anak-anak kecil ini seronok betul bila dapat duduk di dapur. Ada juga kelebihannya tau. Apa yang mereka masak, itulah yang mereka berselera makan sampai habis! Tak ada lagi masalah membuang baki sayur setiap hari seperti sebelum ini š
Aktiviti sebegini membantu juga dalam melatih kemahiran manipulatif mereka :
– Mengopek ikan bilis

– Membuang kulit udang

– Memotong sayur

– Menghiris bawang

– Menumbuk bawang

Lain-lain :
– Mengambil daun pandan, serai dan dan kari
– Mengupas kulit kentang atau buah-buahan
– Belajar memasak pengat pisang
Dan senarai berterusan. Sesekali jadi chef di dapur, siapa tak seronok? š¤
Jumpa lagi semua.
Jemput berukhwah di sini.