Review : Kak Fazilah’s Million Delicious
Kadang-kadang bila ada majlis tertentu dan tak sempat nak buat sendiri, saya senang menempah dengan Kak Fazilah. Rumahnya pun di Telok Mas (Melaka) sahaja, agak dekat dengan rumah saya. Mak dan adik-adik saya juga gemar dengan biskut cornflake buatan Kak Fazilah.
Awalnya, saya melihat mak menempah satu biskut cornflake yang sangat sedap semasa aidilfitri dua tahun lalu. Memang anak-anak buah pun ulang makan sehingga kami terpaksa sorok 😂
Tak lama kemudian saya lihat adik pula menempah berbalang-balang biskut ini jika dia pulang ke kampung. Semuanya kiriman dari rakan sekerja di Mersing 🤗 Wah, mesti sedap, kan? Sebabnya ramai yang repeat order.
Sambutan hari lahir mak tahun ini juga adik menempah mix brownies (badam dan cheese) dan Japanese Cotton Cake. Masya Allah sedap sehinggakan anak-anak mahu makan lagi. Lalu saya tempah untuk hari lahir anak-anak bulan lepas.
Tempahan yang diterima
1. Japanese Cotton Cake
Ada beberapa pilihan saiz :
1) Saiz mini
Sumber gambar : Kak Fazilah
2) Saiz 7″
Saya biasa menempah saiz ini. Harganya RM20.00 sekotak.
3) Saiz 9″
2. Brownies
Boleh minta jenis yang bagaimana. Sama ada nutella, badam atau cheese. Ada dalam pek besar dan pek mini. Harga berbeza mengikut jenis. (Sumber gambar Kak Fazilah)
Brownies badam nutella RM26.00 sekotak
RM28.00
3. Biskut cornflakes
Ini adalah resipi olahannya sendiri. Memang sedap. Crunchy. RM14 sebalang.
Maklum balas pelanggan
Alhamdulillah, bagi yang mahu menempah, boleh hubungi Kak Fazilah di 012-342 9978 ❤️
wah nampak lazat semuanya
Sedap kak. Alhamdulillah. Terutama biskut cornflakes tu 🤭