Rough Diamond oleh Norhafsah Hamid
Buku ketiga dalam Siri Letters To God karya Norhafsah Hamid ini fokus kepada watak Linda. Bagi yang belum tahu, siri Letters to God ialah novel fiksyen Bahasa Inggeris yang mempunyai 5 buah buku bersiri. Tapi boleh sahaja baca dari mana-mana tajuk dahulu. Turutannya :
1. Letters to God
2. Heaven Sent
3. Rough Diamond
4. Dear God
5. Divine Blessings
1 kisah yang dikembangkan menjadi 5 buah buku. Ada watak fokus yang dikembangkan. Untuk siri Rough Diamond, penulis bercerita tentang Linda. Satu watak yang kurang saya gemari sejak baca dalam Heaven Sent ðŸ¤
Bagi saya dia seorang yang kasar dan tak menghormati orang lain. Namun saya lupa, setiap orang pasti ada kisah sendiri. Bagaimana dia dibesarkan mengikut latar belakang keluarga memang akan mempengaruhi amalan beragamanya.
Linda dibesarkan mengikut acuan Barat. Meskipun ibunya melayu Islam dan ayahnya orang British yang memeluk Islam namun Islam hanya pada kad pengenalan. Dia cantik dan bijak. Seawal usia 13 tahun sudah dihantar belajar di England. Malah mempunyai apartment dan kereta sendiri.
Hidup jauh dirantau orang. Dia memilih sendiri kehidupannya seperti orang Barat. Berparti sampai lewat malam, minum arak, bertukar pasangan. Namun hatinya kosong, jiwanya sepi. Sehinggalah bertemu Sarah, rakan senegara yang belajar undang-undang. Entah kenapa dia benci dengan Sarah.
Sarah yang polos dan out of fashion. Memang jauh beza dengan Linda yang sangat up to date mengikut trend fesyen terkini. Mungkin dia sakit hati bila ditegur tentang kesalahan moralnya. Tapi Sarah tetap Sarah. Berpegang kuat dengan agama. Sebolehnya cuba jadi Muslim yang baik. Bila kita dengar kawan kita buat maksiat dan bangga pula cerita dosa tersebut, sanggupkah kita berdiam diri sahaja? 😥
Tahun akhir di Reading University, satu demi satu ujian berat diterima Linda. Tamparan buat dirinya sehingga dia kembali mengenali agama Islam dengan bantuan Mat Bond, Jaws dan Siti. Ketiga-tiga orang ini sangat baik dan suka membantu kawan-kawan yang dalam kesusahan.
Tapi, Jaws punya slang bahasa Inggeris sangatlah Kelantan 😆 Sanggup saya baca sebiji-sebiji dialognya. Tergelak baca. Terutama bila dia bergaduh dengan Linda.
“Ai ken spik veri wel yu no.”
I can speak very well you know.
Dan Linda akan bertambah sakit hati bila dengar 🤣 Sebab dia tak faham langsung loghat Kelantan.
Saya suka usaha Siti memberi penerangan tentang Islam kepada Linda. Linda umpama revert to Islam sebab pengetahuannya tentang Islam mungkin sekadar menyambut hari raya puasa sahaja sebelum ini. Sedih kan bila tahu. Mesti ada juga dalam keadaan realiti 😥
Siti bimbing Linda sebut syahadah semula, belajar perlahan-lahan Rukun Islam dan Rukun Iman. Ajar solat dan mengaji. Tunjukkan kelas dan pengajar berautoriti dalam mengajar al-Quran. Semuanya Linda turuti tanpa rasa terbeban.
Cerita ini happy ending. Alhamdulillah.
Nampak macam novel biasa tapi saya suka unsur dakwah yang ditunjukkan. Bagus ni bagi anak-anak baca. Yalah, saya pun dah tahap makcik-makcik dah ni ðŸ¤
Selamat membaca!
#OctoberRead
#MisiMembacaAina
#BukuAina2020
#MalaysiaMembaca
#RoughDiamond