Rumah pertama
Sejak awal berkahwin tahun 2009, kami tinggal bersama mentua. Setahun pertama tidak terasa sangat kerana kami PJJ. Aku masih menuntut di institusi perguruan manakala suami sudah berkerja. Tahun berikutnya aku ditempatkan di sekolah pendidikan khas yang tidak jauh dari rumah.
Dari sinilah bermula pencarian kemi akan rumah atau tanah malangnya semua menemui kegagalan. Cubaan pertama ialah membeli sebidang tanah di Bukit Larang. Ia betul-betul bersebelahan dengan sebuah taman perumahan yang sedang dibina. Sayang sekali, hasrat ini tidak berjaya .
Cubaan kedua, membeli sebuah rumah di taman perumahan Padang Temu. Rumah ini betul-betul bersebelahan dengan laut. Tak boleh mandi pun di kawasan ini. Memang benteng dibina tinggi. Aku memikirkan rumah di tepi laut menyebabkan barang rumah cepat karat. Ok, ini salah satu alasan sahaja.
Bilalah agaknya dapat memiliki rumah sendiri?
Rumah tiang dua itu memang rumah wajiblah, kan? 😊