Sarapan apa hari ini?

Sarapan apa hari ini?

Masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Semoga anda semua dan saya mematuhi arahan kerajaan ini. Juga doakan agar wabak ini segera pergi🤲

Jadi orang dapur sepanjang cuti memang memenatkan 😆 Tapi puas hati bila apa yang dimasak semua habis dimakan. Alhamdulillah. Besar pahala orang yang memberi makan dan minum kepada orang lain tau.

Dari Musnad Ahmad :

Sa’ad bin Ubadah menceritakan, aku berkata “Wahai Rasulullah, ibuku sudah meninggal dunia. Adakah aku boleh bersedekah untuk pihak beliau?”. Rasulullah menjawab : Ya, boleh. Aku bertanya lagi, sedekah apakah yang terbaik? Rasulullah menjawab : memberi (orang) minum air.

Masya Allah.

Ada doa khas bagi kita mendoakan kembali orang yang memberi kita makan dan minum. Boleh rujuk gambar.

Panjang pula mukaddimah 😁 Sebenarnya nak kongsi buku cerita anak-anak ini. Boleh cetak dan bukukan. Saya buat buku ini semasa anak sulung berusia 5 tahun. Buat kerana mahu mempelbagaikan bahan bacaannya.

Memang sengaja buat simple, kerana anak masih dalam fasa awal membaca ketika itu. Ia bertemakan Menu Sarapan Pagi. Setiap satu makanan ini saya terangkan kebaikannya kepada anak. Waktu itu saya masih bekerja dan menghantar anak ke rumah pengasuh.

Ini salah satu cara menarik minat anak makan makanan yang pelbagai ☺️

Boleh tambah 1 lagi ayat : Terima kasih Allah kerana memberi rezeki kepada kami.

Diizinkan berkongsi tanpa perlu kredit kepada saya.

Aina Dayana Hilmi,
Doakan kami sekeluarga.

Leave a Reply

Open chat