Selain membersihkan tangan, ini 6 sebab kenapa perlu Hand Sanitizer

Pernah terlihat situasi di sebuah taman permainan pasaraya besar di sini. Seorang ibu muda mengeluarkan botol kecil gel, dipicit dan disapu pada tangannya dan tangan anak sejurus sebelum keluar.

Waktu itu sudah terdetik, apa ya yang ibu itu sapu?

Kemudian, ketika membeli barangan bayi di sebuah kedai bayi, saya terpandang botol-botol pelbagai warna di atas kaunter. Lalu dibelek. Oh, hand sanitizer rupanya. Tetapi saya tidak beli kerana tidak tahu kandungannya apa.

Jika kita memasuki hospital pun, kita akan dapati hand sanitizer ini di pintu masuk wad, di katil pesakit hatta di singki wad.

 

Apa itu Hand Sanitizer?

Hand Sanitizer ialah pembersih tangan dalam bentuk cecair atau gel yang digunakan untuk mengurangkan kuman pada tangan.

 

Bagaimana menggunakan Hand Sanitizer?

» Seeloknya picit Hand Sanitizer pada kadar yang diperlukan (jangan terlalu sedikit) kerana biarkan tangan sedikit basah.

» Biarkan selama beberapa ketika (Dalam 30 saat atau ada pendapat mengatakan sehingga 2 minit) sambil ratakan ke seluruh tangan dan celah jari sebelum mula memegang apa jua benda.

 

Siapa yang perlukan Hand Sanitizer ini?

🧡» Ibu ayah yang rajin bawa anak keluar bersiar, membeli-belah atau membawa anak bermain di taman permainan. Elok apply Hand Sanitizer selepas keluar tandas, pegang troli atau buaian dan selainnya.

» Guru, pengusaha taska, pengasuh yang banyak menguruskan bayi dan anak kecil.

» Kanak-kanak hingga dewasa yang sesuai menggunakannya.

 

Hand Sanitizer yang natural

Syukurlah bila Tasneem Naturel mengeluarkan Hand sanitizer sendiri dan kali ini saya tak lepaskan peluang untuk dapatkannya. Kerana apa?

Sudah semestinya kerana kandungannya yang natural. Mari lihat kandungan dalam Hand Sanitizer Tasneem Naturel.

Sebelum itu, Hand Sanitizer Tasneem Naturel ini dikeluarkan dalam dua bentuk wangian iaitu Berry dan Geranium. Masing-masing ada kelebihan dan peminatnya sendiri.

🌹 Berry lebih kepada bauan yang manis (ada pengguna gelar bau seperti chewing gum 😉 )

🌹 Geranium lebih kepada bauan bunga.

 

Isi kandungan Hand Sanitizer

 

🔸Ekstrak Sireh – berperanan menyembuhkan luka dan bertindak sebagai antiseptik yang boleh membunuh kuman.

🔸 Aloe vera – saya panggil lidah buaya. Khasiatnya banyak seperti membantu melegakan ruam, demam, menyembuhkan luka, gatal-gatal juga meningkatkan imunisasi.

🔸 Minyak Geranium – biasa didapati dalam bidang kecantikan. Kini ia banyak digunakan bagi merawat jerawat, sakit kulit dan menyeimbangkan hormon.

🔸 Minyak ros – sinonim dengan anti penuaan, menghilangkan kukit kusam, mengecutkan jerawat dan paling penting ia berbau harum.

🔸  Minyak kulit kayu manis (cinnamon oil) – berfungsi memperbaiki peredaran darah, bertindak sebagai anti radang dan ati oksida.

🔸  Citronella – menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat serta membunuh toksin.

🔸  Wildberry – kaya dengan antioksidan yang berperanan melawan keradangan. Ia juga baik untuk kulit.

 

Jadi mengapa perlu pilih Hand Sanitizer Tasneem Naturel?

Harga promosi bagi Hand Sanitizer ini ialah RM29.00 sahaja.

Selepas ini, harganya kembali asal iaitu RM39.00!

Jadi ini masa yang sesuai untuk dapatkannya. Boleh hubungi saya di 013-361 3516.

Jumpa lagi.

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

1
www.wasap.my/60133613516/Saya-nak-Hand-Sanitizer
Powered by