Sembelit

Ada yang mengalami keadaan sukar membuang air besar? Ada orang yang mengalaminya sejak kecil. Seingat saya selalu melihat kalangan sepupu yang mengalami sembelit semasa kecil dahulu. Menangis-nangis sakit perut tetapi tidak berjaya membuang air besar. Bermacam cara yang saya lihat nenek dan emak usahakan.

Rupa-rupanya individu yang sihat biasanya akan membuang air besar satu hingga dua kali sehari. Bagi anda yang membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu sebenarnya mengalami sembelit. Najis yang terhasil juga adalah keras. Sebab itu mengambil masa yang lama di dalam tandas. Sembelit bukan penyakit! Ia boleh dirawat dengan kaedah yang betul.

Gaya hidup sihat

jogging.jpg

Sumber gambar : pixabay.com

Menurut Dr Sudirman Ahmad, pakar bedah di Hospital Pakar KPJ Kajang menjelaskan antara faktor yang menyebabkan seseorang mengalami sembelit :

» Kurang minum air secukupnya.

little-102283_1280.jpg

 

 

» Dehadrasi yang dialami ini yang mengganggu peroses kelancaran membuang najis.

toilet-3636247_1280.png

» Kurang mengambil serat dalam hidangan makanan. Lebih teruk lagi jika pengambilan lemak dan gula berlebihan.

eat-2834549_1280.jpg

 

» Kurang bersenam dan tidak aktif.

japan-230881_1280.jpg

» Suka menahan diri daripada membuang air besar.

» Kerap menggunakan ubat pelawas atau ubatan tertentu yang membantu anda membuang air besar.

» Bagi ibu hamil atau pesakti tiroid yang sembelit, ia berlaku kerana adanya hormon ombalance.

Panduan Mengelak Sembelit

  1. Jaga diet

Banyakkan pengambilan makanan yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang kaya dengan serat.

  1. Minum air secukupnya

Lazimnya disarankan meminum 8 gelas atau 2 liter sehari. Tetapi anda boleh juga mengikut isyarat badan. Minum apabila terasa dahaga. Selain itu boleh lihat kepekatan warna air kencing anda. Jika warna terlalu pekat atau sudah memasuki warna merah, segeralah meminum air yang lebih banyak bagi mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh badan.

  1. Ubah Gaya Hidup

Bersenam! Boleh fikirkan dari sekarang. Menjaga kesihatan lebih utama. Maka susunlah masa dan jadual anda supaya dapat melakukan senaman lebih kerap dalam seminggu. Selain itu, mengurangkan stress yang dialami mampu membantu proses metabolisme anda semakin tinggi.

  1. Wujudkan tandas selesa

Mungkin faktor tandas menjadi sebab seseorang individu suka menahan diri dariapda membuang air besar. Jika di rumah, usahakan untuk membersih dan meletakkan pewangi di dalam tandas, memastikan tandas berbau segar dan seumpamanya.

  1. Hanya atas nasihat doktor.

Menggunakan ubat pelawas harus ada kebenaran dan saranan dari doktor perubatan. Elakkan mengambil ubat pelawas tanpa nasihat daripada doktor. Kita tidak tahu akan kesan sampingan yang mungkin dialami.

  1. Pelembut najis.

Jika bertemu doktor, antara ubat yang biasanya di beri ialah dulcolax, senokot atau cecair osmotic (enema, fleet mahupun fortrans).

Kenali jenis najis bermasalah.

– Keras dan anda terpaksa meneran setiap kali membuang air besar.

– Bercampur dengan darah.

– Berselang keras dan cirit-birit.

– Keluar sedikit dan anda berasa tidak puas walaupun sudah kerap ke tandas.

– Bercampur lender.

– Bentuknya halus seperti pensel.

– Sakit pada bahagian dubur pada setiap kali membuang air besar.

– Sakit perut yang teruk.

Sumber : Disesuaikan info daripada Ruangan Sihat Segar, Majalah Pa Ma edisi Februari 2014.

Leave a Reply

Open chat