Siap sedia untuk bersalin? Ini senarai ‘checklist’ untuk ibu

Biar pun kandungan ke berapa, perasaan teruja menyambut bayi baru tetap ada dalam hati ibu. Setiap kelahiran itu istimewa, anugerah yang Allah berikan pada setiap pasangan. Menjelang minggu ke-29, saya baru rasakan debaran untuk melahirkan cahaya mata tidak lama lagi. Mungkin kerana kali ini melalui beberapa fasa dan pengalaman, maka persediaan untuk bersalin lebih diambil berat.

Namun, ketika dimasukkan ke wad minggu lalu, saya baru tersedar yang saya belum sediakan kelengkapan bersalin. Baik untuk diri sendiri ataupun bayi. Aha, mulalah nak mencari senarai ini. Apa pun, menyambut kelahiran ke-6 berbezalah dengan anak sulung, kan. Ini senarai peribadi saya :

Persiapan ibu

baby.jpg

♥ Al-Quran dan zikir pagi petang

Buku merah, kad pengenalan

♥ Sepersalinan pakaian untuk pulang (seeloknya baju mesra menyusu)

♥ Tuala mandi dan aksesori mandi (sabun, berus gigi, ubat gigi, sikat)

♥ Kain batik, tudung, stoking, handsock, disposable underwear

♥ Maternity pad

♥ Tisu

Peralatan – pinggan, mug dan sudu garfu, air masak

Kurma, kismis, biskut dan air kotak

Plastik (stand by untuk muntah dsb) dan selipar

Ubatan wajib saya – inhaler

Balm bayi

 

Keperluan untuk bayi (ke hospital)

baby 3.png

3 pasang baju bayi, mitten dan booties, cap

Selimut bayi / bedung bayi

Lampin pakai buang

Tuala mandi

Wet tissue

Keperluan lain (di rumah)

baby 2

Besen mandian bayi

Bahan mandian bayi (saya gunakan Baby Spa Set Tasneem Naturel)

Balm T-rub (ganti minyak telon)

Bantal bayi, tilam bayi, selimut, kelambu

Kapas

Sabun pencuci baju bayi

Bakul sampah

Pengetip kuku bayi

♥ Tungku untuk ibu

♥ Supplement untuk ibu / jamu / air akar kayu dan selainnya

Atau boleh juga ibu-ibu rujuk beberapa senarai di bawah. Semoga membantu semua ibu yang sedang mencari kelengkapan untuk bersalin.

Jumpa lagi.

2 thoughts on “Siap sedia untuk bersalin? Ini senarai ‘checklist’ untuk ibu

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares