Strong Mothers Strong Sons
Pertama kali melihat tajuk buku, hati terus tertarik. Lalu saya dapatkan senaskhah untuk bacaan sendiri. Memang menarik! Tanpa berlengah lagi saya kongsikan dengan rakan-rakan dan ibu-ibu di dalam Facebook saya.
Suka ayat dalam Bab 1. Awal-awal ada sebut.
Teruskan berdoa untuk anak lelaki.
Mereka pun percaya kuasa Tuhan melebihi segala-galanya π
Saya ada 2 orang anak lelaki. Meskipun masih kecil, tetapi selalu juga saya berkonflik dengan diri untuk fahami mereka.
Biasanya saya berbincang dengan suami, dia selalu ada pandangan yang bernas dalam mengurus emosi anak. Kedua, saya selalu bertanya kepada ibu ayah lain yang lebih berpengalaman, ketiga saya membaca buku.
Jadi satu masa boleh buat rumusan sendiri. Pendekatan Islam anjurkan buat begini. Pendekatan barat buat begini. Mereka rajin buat kajian jadi ada beberapa perkara yang boleh kita ambil manfaatnya π
Misalnya dalam bab 1, saya perhatikan penulis menganjurkan supaya ibu banyak menunjukkan kasih sayang kepada anak lelaki. Pengurusan emosi ibu sejak anak kecil banyak mempengaruhi anak itu sehingga dewasa.
Ada 2 elemen yang harus ibu ajar kepada anak lelaki :
1) Elemen kebaikan – di dalamnya ada elemen keberanian, bersederhana (qanaah bagi saya), Adil, berhemah tinggi, bijaksana dan kehormatan diri.
2) Elemen kasih sayang – didik anak tahu memberi dan menerima kasih sayang.
Sebagai Muslim, pendidikan awal yang diberi ialah tauhid diikuti dengan adab. Jadi elemen yang dinyatakan oleh penulis saya kategorikan sebagai pendidikan adab π
Betulkan saya jika saya silap fahaman.
Dunia hari ini, ibu-ibu semakin sibuk dan penat. Jadi macam mana ibu boleh luangkan masa mendengar luahan anak-anak? Saya rasa ini boleh aplikasikan pada semua orang :
1) Kita perlu tutup fikiran daripada fikir benda lain semasa mendengar.
2) Matikan telefon pintar kita.
3) Adakan hubungan mata dengan anak.
4) Kelihatan berminat terhadap apa yang anak cakap.
5) Mampu ulang semula kata-kata anak lelaki kita.
Jika saya tidak salah, antara sunnah Nabi sollallahu alaihi wasallam dalam menyantuni orang lain ialah berpaling badan sepenuhnya dan melihat orang yang bercakap dengannya, kan? Jadi konsepnya sama di sini.
Kesannya anak akan rasa dirinya dihargai lalu dia akan percaya kita sebagai tempat meluahkan perasaan. Ingat lagi tak dalam Bab 1 sebelum ini penulis syorkan ibu tunjuk kasih sayang dan ajar anak buat baik.
Kali ini dalam Bab 2 (Berikan Dia Kosa Kata Emosi), penulis menyentuh tentang ajar anak meluah perasaan dengan kosa kata emosi. Marah, sedih, gembira, teruja, takut dan sebagainya. Kebanyakan anak lelaki dibesarkan dengan The Boy Code.
Apa itu The Boy Code?
β Orang lelaki tak boleh menangis. Nanti nampak lembik.
β Orang lelaki kena simpan je perasaan. Tak boleh tunjuk sangat. Macam perempuan je.
β Menunjukkan anak lelaki ni seorang yang macho dan kuat.
Ia adalah ajaran yang salah. Hakikatnya anak lelaki lebih sensitif dari anak perempuan. Betul ke mak-mak? π
Jadi, didik anak luah perasaan agar mereka dapat uruskan dengan baik.
βοΈ Ajar anak kawal perangai. Misalnya it’s ok untuk marah. Tapi not OK memukul ketika marah.
βοΈ Faham perbezaan antara perasaan dan tindakan.
βοΈ Cara paling baik ajar anak luah perasaan adalah dengan selalu berbual dengannya.
“Cara kita mendengar bakal menentukan sama ada anak lelaki kita akan terus bercerita atau hentikan perbualan.”
Nampaknya ramai berkenan untuk membacanya sekali. Gembira berkongsi maklum balas mereka :
Dari Pn Nik Norfadilah
Dari Pn Reyna Roslan
“Strong mothers strong sons untuk ibu..tq Aina Dayana Hilmi..nnt dah bce..kite review ye..tapi nampak cam best.tgk kulit pun dah bersemangat nak baca..pink uolss!”
Dari PnΒ Sakinah Mat Ail
“Buku pink tu…. sebenarnya yess saya memang sangat memerlukan sumber rujukan untuk ank lelaki. dia satu satu nya anak lelaki saya. setelah 3 adik lelakinya pergi dl. harapan saya untuk dia agak mendebarkan, kerana dia akan mengetuai keluarga satu hari nanti.”
“Sebab selalu berperang dengan 4 askar wataniah boboiboi kan, nahh encik suami bagi hadiah! Lepas ni boleh dok dendiam, baca dan hadamkan.”
Harga buku RM37.00.
Kos pos Semenanjung RM8
Kos pos Sabah Sarawak RM22
Nak dapatkan buku ini, boleh hubungi saya. Nak tanya dahulu pun ok sahaja π€
Aina Dayana Hilmi,
Belajar memperbaiki diri.