Surirumah, bagaimana mengurus masamu?

butterfly-3418535_1280

Pagi ini menerima panggilan telefon dari seorang sahabat. Adinda ini rupanya sudah menjawat jawatan suri di rumah sejak awal tahun ini. Masya Allah tahniah! Kami sama-sama bekerja sebagai guru sebelum ini. Bezanya saya hanya bercuti tanpa gaji tetapi dia sudah melepaskan jawatan tersebut.

Ceria sahaja suaranya. Kami bertanya khabar masing-masing dan bertukar-tukar berita. Soalan pertamanya buat saya tersengih juga. Macam mana urus masa bila berada di rumah?

daffodils-1316127_1280

Saya bukan contoh terbaik. Malah banyak peristiwa pahit dialami sepanjang hampir empat tahun ini. Tapi buat apa mahu mengenang yang tidak enak, sedangkan yang manisnya sangat banyak?

Saya ingat nasihat seorang ibu. Orang lama yang banyak sekali pengalaman hidup. Katanya :

1) Siapkan diri sendiri dahulu sebelum siapkan orang lain.

donut-3723751_1280

Bermakna seorang ibu harus menentukan jadual sendiri. Ambil masa untuk diri sendiri dahulu. Bersiap, solat, makan dan lain-lain. Biasanya applicable jika ibu bangun awal pagi dan mulakan hari dengan lancar.

Ibu mandilah dahulu, urus diri, solat sunat, minum dan seumpamanya sebelum menyiapkan anak-anak.

 

2) To do list

to-do-2607082_1280

Setiap hari tanpa gagal beliau buat senarai tugasan untuk esok. Walau sekecil-kecil perkara bagi mengelakkan dirinya terlupa. Ini salah satu cara memastikan masa tidak terbuang dan sia-sia.

Selepas selesai sesuatu tugasan, tandakan pada senarai. Di penghujung hari bukankah sangat LEGA melihat semuanya selesai dengan baik?

 

3) Mutabaah amal

IMG_20200304_162059

Sumber gambar : Koleksi peribadi.

Adakan rutin ibadah khas untuk diri sendiri. Ia memberi kekuatan dan keyakinan buat ibu dalam menghadapi cabaran seharian. Ya, jadi surirumah pun banyak cabarannya.

Dengan emosinya, dengan penatnya, atau terlalu selesanya dia dengan waktu dan seumpamanya.

Dan tentunya, tak kira siapa kita, bangunlah malam. Bertahajudlah. Moga Allah beri kekuatan.

Wallahualam.

Nak cakap lebih-lebih saya tak pandai. Sungguh saya banyak kelemahan. Hanya sahaja Allah yang menutup aib itu. Doakan saya juga ya! 🤗

 

Aina Dayana Hilmi,

Setiap hari belajar sesuatu.

2 thoughts on “Surirumah, bagaimana mengurus masamu?

  1. Nice writing kak!!!😍😊😊

    Sesungguhnya domestic engineer satu pekerjaan yang sangat mulia. And tak semua mampu jadi suri rumah sebenarnya. 😊😊😊

Leave a Reply

Open chat