T-rub Bantu Atasi Sembelit Bayi

Dalam banyak perkara, sakit perutlah yang ingin saya elakkan. Mahu menangis jika lihat anak yang terkena sembelit. Tapi dalam berjaga-jaga, tetap kena juga si anak ini. Beberapa minggu lalu, anak yang kecil ini tiba-tiba ada masalah sembelit. Boleh dikatakan sebelum ini tak pernah kena. Bila difikirkan semula saya akui tidak dapat pantau sangat pemakanannya dalam seminggu itu kerana saya kurang sihat.

Tiga hari berturut-turut juga dia akan hadapi sekurang-kurangnya sekali masalah untuk buang air besar. Berpeluh-peluh meneran dan menangis lama menahan sakit. Alahai..

IMG_20190316_122504.jpg

Suatu hari, semasa anak menangis sambil meneran, dia sebut “Bam, bam”. Ya Allah, boleh pula saya terlupa ada balm T-rub! Lantas saya ambil dan sapu di perutnya. Disebabkan dia fobia untuk baring, maka saya buat urutan I Love U sahajalah di perutnya dalam keadaan berdiri.

Urutan I Love U

IMG-20180906-WA0040.jpg

Dilakukan pada perut anak untuk memudahkan dia membuang air besar. Sambil urut dengan balm T-rub, saya bacakan doa ini sebanyak 7 kali :

أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

As’alullāhal azhīma rabbal ‘arsyil ‘azhīmi an yassfiyaka.

Maksudnya : Aku memohon kepada Allah yang Agung, tuhan arasy yang megah agar menyembuhkanmu. (Hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Subhanallah, dalam masa 5 minit, anak berjaya buang air besar dengan lancar! Tengok tu, muka happy. Tapi dahi tetap berpeluh-peluh. Selepas kejadian ini, saya semakin beringat supaya jaga pemakanan anak.

IMG_20190316_122705.jpg

Punca sembelit

Ada tiga faktor anak-anak boleh hadapi sembelit :

  1. Anak yang bergantung dengan susu formula sahaja.

botol susu.jpg

Sumber gambar : https://www.healthmagazine.ae/articles/milk-intolerance/

Jenis tak mahu minum dan makan benda lain. Ibu ayah perlu perlahan-lahan kurangkan dan beri pemakanan seimbang.

  1. Anak kurang minum air masak.

dislike water.png

Sumber gambar : https://www.livescience.com/54521-tap-water-tastes.html

Minum air secukupnya membantu melembutkan najis. Pernah terbaca trik Pn Wardina Safiyyah untuk galakkan anak minum air masak ialah dengan belikan botol air comel untuk mereka. Sentiasa beritahu kelebihan dan kepentingan minum air masak dan khususkan botol air itu untuk setiap anak.

  1. Anak kurang makan makanan berserat atau fiber.

dislike food.png

Sumber gambar : pixabay.com

Contoh makanan serat tinggi ialah buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, pasta dan selainnya.

 

Tip Pemakanan

Sekiranya anak sembelit, hentikan 4 jenis makanan berikut iaitu pisang, nasi, epal dan roti sebaliknya boleh berikan betik, prun, buah pir dan plum.

25446393_1787052164652239_1870927861533386520_n.jpg

Jika anak menghadapi cirit-birit, terbalikkan pula. Take note ya!

25299238_1787052114652244_195311891194904310_n

Jadi jagalah pemakanan dan rutin anak kita sehari-hari. Semoga terus sihat dan ceria!

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares