Tafsir Al-Quran ; Surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas
“Ilmu adalah hak manusia.” – TGNA.
Baca satu-persatu perkataan ini memang terasa gaya percakapan beliau. Sememangnya antara kaedah penyusunan buku ini ialah audio kuliah ditranskripsi dengan menaip setiap patah perkataan almarhum.
Cuma ada beberapa perkataan yang dikekalkan ikut loghat dialek Kelantan dan ada yang diubah ejaan jadi ejaan bahasa Melayu formal.
Saya baru mulakan bacaan. Terpaut pada kata-kata beliau di muqaddimah.
Apabila membaca al-Quran hendaklah Kita teringat kepada Baginda Nabi. Ingat kepada wahyu yang diturunkan kepadanya. Ingat kepada malaikat Jibril yang turun membawakan wahyu Allah ini. Maka kita pun harus ingat kepada tuan punya wahyu iaitu Allah.
Apabila ingat begitu, kita akan rasa diri kita ini kecil seolah-olah “seurat bulu yang terapung di udara.”
😢😢😢
Allahuakbar. Ibarat bulu sahaja kita ni. Jadi tak usahlah sombong sangat dengan Allah, dengan manusia, dengan haiwan, dengan alam. Sedar diri.
Wallahualam.
#TafsirAlQuranTGNA