Tafsir Mini Surah al-Qadr
Bermulanya sesi PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah) untuk anak-anak minggu lalu. Ketika mendapat tugasan Pendidikan Islam Tahun 5, saya lihat anak perlu belajar Surah al-Qadr. Ada QR code juga paparan video bacaan surah ini dengan betul oleh Qari Sheikh Misyairi.
Teringat di rak ada Tafsir Mini Surah al-Qadr. Masya Allah. Lantas kami baca bersama-sama. Alhamdulillah, dapat input baru selain daripada buku teks. Setiap buku Tafsir Mini ini ada disertakan peta cerita. Jadi secara keseluruhan kita dapat ketahui kandungan surah sebaiknya.
Hebatnya al-Quran. Membaca tafsir ini baru saya tahu tamsilan 1000 bulan itu Allah ceritakan tentang seorang tentera pada zaman dahulu yang berjuang dan beribadat kerana Allah selama 83 tahun.
Lalu Allah sebutkan ada yang lebih baik daripada itu iaitu dikurniakan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam lailatul qadar. Mengapa malam ini dirahsiakan tarikhnya?
Supaya kita bersungguh-sungguh bertemu malam ini dan tidak sambil lewa membuat ibadah. Selain membuktikan keimanan kita kepada Allah SWT.
Ada iuga dinyatakan kisah Saidatina Aisyah yang bertanya kepada Nabi SAW, apakah ucapan yang elok diucap apabila bertemu lailatul qadar? Baginda menjawab :
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعفو عنى
Allahumma innaka `afuwwun, tuhibbul-`afwa, fa`fu `anni
Buku ini berwarna penuh, ilustrasi comel dan laras bahasa sesuai dengan kanak-kanak. Barakallahu fikum buat penulisnya, Ummu Ammar dan Abu Ammar. Ummu Ammar juga menghasilkan buku Ensiklopedia Serangga Dalam al-Quran Untuk Anak-anak. Buku yang sangat menarik untuk dimiliki.
Jumpa lagi.
Buku 14 / 2021
Nak tahu lebih lanjut tentang buku ini, jemput klik sini.
#AinaBaca2021
#MisiMembacaAina
#MalaysiaMembaca