Tasneem Naturel ; Jenama Balm Bayi Yang Dipercayai

Ummi selalu dengar bila ke farmasi atau kedai bayi. Ada ibu-ibu bertanya, “Ada tak balm yang sesuai untuk baby bawah 2 tahun? Anak saya demam, batuk…. tak baik-baik.” Begitulah lebih kurang dialog yang didengari. Jika dahulu, ummi pun tak tahu yang mana elok untuk bayi, sekarang ummi dah boleh cerita pasal balm Tasneem Naturel pada yang memerlukan insya Allah.

 

Mengenali Tasneem Naturel

Tasneem Naturel memulakan “production” dari rumah di awal pengeluarannya. Pengasas Tasneem Naturel, Pn Haridah Sahri (kami panggil Kak Idah) menggunakan resipi sendiri memasak balm ini dan packing sendiri. Gigihnya…

production TN terakhir di rumah.jpg
Batch terakhir yang dibuat di rumah. Penghujung 2016

Awalnya, Kak Idah buat balm ini atas permintaan seorang ibu yang minta cadangan Kak Idah untuk atasi masalah anaknya yang suka mengamuk. Asbab berkesannya guna balm tersebut, beliau pun mengorak langkah membuat balm dalam kuantiti yang lebih banyak.

Balm ni berasaskan minyak pati tumbuhan (essential oil) yang mempunyai fungsi khusus yang berkesan. Dengan modal yang sedikit, Kak Idah perlahan-lahan membina “awareness” terhadap produk balm bayi ini dengan berstrategik sehinggalah ke tahap hari ini. Sangat beruntung agen-agen yang berdaftar di bawah naungannya.

Namun, bila mana permintaan semakin tinggi, pembuatan balm homemade tidak mampu lagi mencapai beribu balm sehari, lalu Kak Idah beralih kepada pembuatan di kilang bertaraf GMP. Resipinya masih resipi Kak Idah. Lihat video di bawah :

Video 1

 

Video 2

Mengapa balm Tasneem Naturel dikilangkan?

Mengapa Balm TN Dikilangkan.jpg

1. Pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
KKM tidak mengeluarkan sebarang sijil untuk produk yang dibuat di rumah.

2. Jaminan Kebersihan
Pembuatan di kilang lebih terjamin kebersihannya.

3. Kilang
Untuk lulus KKM semua faktor diambil kira terutama tahap kebersihan kilang dan cara staf mengendalikan produk. Balm TN dikilangkan di kilang bertaraf GMP (good manufacturing practise)

Sebab itu balm TN lulus KKM dengan cepat.

4. Kapasiti pengeluaran (production)
Pembuatan di rumah hanya mampu mencapai maksimum 200 balm setiap hari. Di kilang, pengeluaran lebih banyak sehingga mencapai 3000 biji balm boleh siap dalam masa 3 hari.

5. Bahan mentah
Semasa di rumah, bahan mentah terutama EO disimpan pada udara biasa namun di kilang, semua bahan terjamin kualiti EOnya  dengan suhu penyimpanan dan udara yang bersih.

NOT KKM bagi produk Tasneem Naturel

Balm bayi

Baby Spa Set

 

Pengguna Setia Tasneem Naturel

Ini sebahagian daripada koleksi pengguna balm Tasneem Naturel 😉 Terharu sampai ada yang buat koleksi. Hehe. Terima kasih semua!

 

Produk terbaru Tasneem Naturel yang baru dilancarkan pada 25 April 2019 

new released.jpg

Berminat untuk dapatkan balm dan produk lain Tasneem Naturel, atau ingin menjadi ejen jemput hubungi ummi di sini. Untuk COD, Ummi boleh COD sekitar Melaka Tengah dan Merlimau, Melaka. Jumpa lagi.

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares