Terima kasih Allah

Dulu masuk Tasneem sekadar daftar sahaja. Tak ada apa-apa target, tak ada gambaran apa perlu dibuat. Bila masuk group, nampak Leader bagi semangat, terangkan sistem, ajar satu-persatu, bagi ilmu tanpa lokek. Bila tiba hujung bulan, kami panggil “closing”, waktu itu nampak leader lagi giat dan aktif.

Tapi itulah, saya pun tak cukup berusaha, walaupun ada jualan tiap-tiap bulan tapi tak pernah pun capai rank agen. Pernah sampai satu tahap jadi putus asa dan mengeluh “Susahnya nak jual balm ni!” . Namun saya tak boleh mengalah.

Pertama, kerana suami jadi pendorong utama. Memang dari awal dia bagi restu. “Buat sungguh-sungguh.” Selalu dipesan begitu. Tapi isterinya ini selalu sangat turun naik semangat. Kedua, kerana mak ayah. Dari dahulu saya perhatikan, mak ayah akan buat yang terbaik dalam apa jua pekerjaan mereka. Diam-diam ubi berisi.

IMG_20190903_205520.jpg

Bila HQ Tasneem buat road tour bulan Ogos tahun lepas (Tasneem Gegar Malaysia @ TGM), saya terus daftar sedangkan masa tu saya belum capai apa-apa. Database customer pun belas-belas je. Namun nekad untuk pergi. Balik dari TGM Melaka, barulah nampak hala tuju. Sikit demi sedikit naik rank agen dan effective.

40984406_2175556726101034_8712661199424061440_o.jpg

Bermula tahun 2019, saya tak boleh duduk diam je. Mula baca semula semua nota lama dari leader dan founder, perkasakan mutabaah amal, catat isi penting, lakar semula road map, buat visi, baca buku, buat target bulanan dan harian dan 101 perkara lagi.

Fuh, tak mudah tapi tak mustahil. Orang lain boleh capai, kenapa tidak saya?

Bulan Ogos tahun ini memang paling “happening” sepanjang saya berTasneem. Alhamdulillah apabila anak-anak tim turut sama bangkit dan berusaha. Kita tak boleh paksa orang. Hanya diri kita sendiri yang menentukan sama ada kita nak berjaya atau kekal di kedudukan sekarang. Berusahalah insya Allah, Allah akan permudahkan melalui jalan-jalan-Nya.

Benda asas yang ditekankan ialah :

✔️ Jaga hubungan dengan Allah
Solatlah awal waktu. Usahakan. Ada anak kecil memang sukar sedikit tapi tak boleh jadikan anak sebagai alasan. Jadi doa dan doalah supaya kita dapat solat awal waktu. Menakjubkan apabila selalu dapat sedangkan umum mengetahui anak saya ni pantang bila umminya bangun tinggalkan dia sekejap. Pasti menangis hingga hilang suara!

Hampir sahaja waktu azan, baby akan terlelap sekejap atau sekurang-kurangnya diam sebentar. Bila azan sahaja, terus solat. Jika terlewat sedikit pasti anak akan menangis semula. Seolah-olah Allah jaga baby ni dan bagi laluan kepada saya untuk solat. Subhanallah.

Lagi satu, saya cuba kekal dalam wuduk atau ambil wuduk lebih awal supaya bila azan je terus boleh solat.

✔️ Mutabaah Amal @ master checklist

Pertama kali saya mengenali mutabaah amal ini ialah semasa adik memasuki sekolah berasrama penuh. Setiap kali dia pulang bercuti panjang, suka dengar kehidupannya di asrama. Bermula dengan rutin pagi, solat berjemaah, cara belajar dan sebagainya. Dari situ saya tertarik dengan istiqamahnya mereka membuat mutabaah amal harian.

Dalam Tasneem, master checklist adalah perkara yang mula-mula ditekankan oleh Pengasas (Pn Haridah Sahri) dan Master Leader (Pn Aminah binti Hussain). Ia boleh jadi apa sahaja perkara namun ia mesti dilakukan secara konsisten. Boleh sahaja Google dan susun mengikut kesukaan kita. Cubalah, hidup akan terisi dengan perkara yang bermanfaat.
✔️ Buat dream board

Awal-awal dahulu apabila diarahkan membuat dream board, saya sendiri termenung. Apa nak buat? Nak isi apa? Eh, apa visi aku sebenarnya? Ha… Nampak sangat tak pernah ada “visualize” secara serius apa yang dikehendaki dalam hidup.

Lalu, terbukalah minda tatkala melihat kawan-kawan lain berkongsi pelan dream board mereka. Masya Allah, ia bukan biasa-biasa. Ia seperti memberi persediaan mental kepada tindakan yang bakal kita ambil apabila siapnya dream board sendiri.

✔️Senaraikan 101 impian
Apa yang kita impikan dalam hidup? Banyak, kan.
Seberapa banyak yang kita mahukan? Senaraikan! Boleh pecahkan kepada beberapa bahagian seperti impian untuk diri sendiri, pasangan, anak-anak, kerjaya, pendapatan dan selainnya. Insya Allah akan tertulis kesemua 101 impian kita ini.
Satu perkara menarik yang pernah Kak Idah (founder Tasneem) beritahu, selepas beberapa ketika lihat semula senarai impian kita ini. Bagi mana-mana impian yang telah terlaksana, sedekahkan sejumlah nilai sebagai tanda bersyukur.

✔️Buat target bulanan dan harian

Tabiat orang berjaya ialah merancang. Apabila kita sudah ada senarai target, usaha kita lebih berpandu dan berfokus. Tak percaya, cubalah. Jangan lupa sediakan buku khas untuk mencatat.

Perkara lain yang dititikberatkan ialah :

♥️ Simpan database
♥️ Banyakkan channel pemasaran seperti Facebook, Instagram, Blog, Website dll
♥️ Ubah mindset
♥️ Buat affirmation
♥️ Baca buku!
♥️ Upgrade ilmu dengan hadiri kelas online dan offline
♥️ Feel the product

Dan 101 perkara lagi.

Tahniah buat ahli Tim Fitrah Inspirasee. Semoga lebih maju dan memberi lebih banyak kebaikan kepada orang lain. Terima kasih kepada Leader Ummi Atikah Rahman yang tak jemu membimbing kami! Let’s fight for September 💪

 

IMG_20190901_201114IMG_20190904_023046.jpgIMG_20190904_023118.jpgIMG_20190904_023103.jpgIMG_20190904_022903IMG_20190904_022917

IMG_20190904_022935IMG_20190904_023015IMG_20190904_022951IMG_20190904_023029

Sekarang sudah bulan September. Mampukah saya mencapai road map yang dilakar awal tahun ini?

road-map-768x104.png

 

Saya masih membuka peluang untuk sama-sama berkongsi rezeki dalam Tasneem. Jom siapa berminat, boleh hubungi saya terus.

 

Man jadda, wa jadda (Siapa rajin usaha, dia dapat) 🌷🌷🌷

Leave a Reply